Anda di sini

Brahim’s perluas produk di Sarawak

Advertisement

Pelbagai jenis sos dan varian pilihan nasi sedia dimakan diperkenalkan

 Wartawan The Borneo Post, Jude Toyad (tengah) menerima penerangan cara-cara menggunakan sos Kuah Kari Ikan dari Fazil (kiri) sambil disaksikan oleh Azizah.
DEMONSTRASI MASAKAN: Wartawan The Borneo Post, Jude Toyad (tengah) menerima penerangan cara-cara menggunakan sos Kuah Kari Ikan dari Fazil (kiri) sambil disaksikan oleh Azizah.

KUCHING: Brahim’s Dewina Holdings Sdn Bhd, satu nama yang terkemuka dalam industri pembuatan makanan halal Malaysia dan katering perindustrian, memperluaskan rangkaian produk-produk di Sarawak.

Kuching menjadi bandar raya pertama di negeri ini bagi kemasukan produk Brahim’s di pasaran, di mana sebanyak lapan jenis sos masakan sedia dimasak dan beberapa varian pilihan nasi sedia dimakan (Ready To Eat) diperkenalkan.

Sos masakan itu adalah Kuah Kari Ikan, Kuah Kari Daging, Kuah Rendang, Kuah Asam Pedas, Kuah Korma, Kuah Sambal Tumis, Kuah Masak Lemak, Kuah Ayam Madu manakala bagi nasi sedia dimakan adalah seperti Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ikan Masin dan Nasi Arab Kambing.

Pengurus Pemasaran dan Jualan Dewina Trading Sdn Bhd Mohamad Fazil Othman berkata, meskipun produk Brahim’s bukan produk baharu di negeri ini, namun rangkaian produknya adalah terhad.

Kami pada masa lalu menerima banyak pertanyaan dari pengguna di Sarawak melalui media sosial dan laman web di mana untuk mendapatkan produk-produk kami.

Pelancaran semula ini akan memudahkan para pengguna untuk mendapatkan produk-produk kami,” katanya pada Pelancaran Sos Sedia di Masak Brahim’s di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Dewina Holdings Sdn Bhd Azizah Wahid dan wakil Auric Chun Yip Sdn Bhd selaku pengedar, Kelvin Chew Teck Hock.

Beliau berkata, Brahim’s juga kini mengambil pendekatan agresif apabila turut memperluaskan produk bukan sahaja di Sarawak, tetapi Sabah dan Brunei Darussalam juga.

Brahim’s, dengan kepakaran utama dan keupayaan dalam industri makanan, memaparkan komitmen  mendalam bagi menawarkan produk pembungkusan makanan terbaik, yang paling relevan dan inovatif kepada pelbagai pengguna di Sarawak.

Produk-produk itu boleh didapati di 29 pasar raya di Sarawak dan pasar raya berantai terpilih adalah Kumpulan Choice, Servay Hypermarket, Pasar Raya Ta  Kiong, Emart, Wan Jia Departmental Store, Kumpulan Upwell, Pasar Raya Ting & Ting, Pasar Raya Farley, Kumpulan Everrise, Kumpulan H&L, Pasar Raya Elli, Golden Dragon City dan CS Mini Market.

Sos-sos sedia dimasak Brahim’s akan dijual pada harga RM6.20 hingga RM6.50 manakala nasi sedia di makan, RM10 hingga RM16.

Menurut Fazil, kesemua sos dan nasi sedia dimakan, dengan ketahanan atas rak masing-masing 24 bulan dan 18 bulan, tersebut mempunyai nilai nutrisi pemakanan baik serta tiada tambahan Monosodium Glutamat (MSG), bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Dengan pelan pertumbuhan kukuh bagi pasaran Sarawak dalam penawaran produk, keupayaan pemasaran, maklum balas positif katanya, beliau positif Brahim’s mempunyai masa depan yang cerah di negeri ini.

Bagi sos sedia dimakan, pengguna hanya perlu menambah air manakala bagi produk nasi sedia di makan, ia hanya perlu dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro selama dua minit atau dalam air mendidih selama lapan minit.

Produk nasi sedia dimakan ini sesuai untuk dibawa melancong ke luar negara, di mana makanan halal susah didapati atau jika rindu masakan tanah air atau aktiviti luar dan perkhemahan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement