Anda di sini

China sebut nama, malukan bandar gagal tangani asbut

Advertisement

BEIJING: Kementerian alam sekitar China menyebut nama dan memalukan beberapa bandar di utara negara kerana tidak berusaha secukupnya untuk menangani asbut, agensi berita kerajaan Xinhua melaporkan.

Beberapa bahagian besar di utara China diselubungi asbut tebal pada musim salji ini, walaupun kerajaan sudah berulang kali berusaha untuk menangani masalah itu.

Amaran pencemaran adalah lazim di utara China, ter-utama pada waktu musim salji yang begitu sejuk ketika permintaan tenaga, keba-nyakannya dipenuhi oleh arang batu, melonjak.

Pemeriksaan kementerian di 18 bandar di Beijing, Tianjin dan wilayah Hebei menjumpai beberapa masalah dalam tindakan asbut mereka, termasuk perancangan yang tidak mencukupi dan pelaksanaan dasar yang buruk, kata Xinhua lewat kelmarin.

Kota Cangzhou di Hebei dikritik kerana gagal me-rangka senarai penutupan perniagaan yang terperinci pada hari-hari yang begitu tercemar, yang menyukarkannya untuk mencapai penurunan dalam pengeluaran gas, kata laporan itu.

Kota Jiaozuo tidak me- mulakan kawalan trafik dengan melarang kenderaan di atas jalan ketika kota tersebut mengeluarkan amaran merah bagi pencemaran, manakala kota Baoding jauh ketinggalan dalam usaha menaik taraf dandang yang dijana arang batu untuk membersihkan lagi gas yang dikeluarkan, tambahnya.

China memasuki tahun ketiga dalam usaha memerangi pencemaran bertujuan untuk memperbetulkan kerosakan yang berlaku kepada langit, tanah dan airnya selepas berdekad-dekad mengalami pertumbuhan ekonomi yang tidak dapat dihalang.

Namun langkah yang diambil setakat ini memberi sedikit atau langsung tiada kesan. — Bernama

Advertisement