Anda di sini

UCA sasar cipta GWR melalui ‘Kelas Menulis Kaligrafi Cina Teramai’

Advertisement
 Wong (empat kiri) dan Kong (dua kanan) membunyikan loceng sebagai isyarat bermula.
BERMULA: Wong (empat kiri) dan Kong (dua kanan) membunyikan loceng sebagai isyarat bermula.

UNTUK mencipta nama dalam Guinness World Records (GWR) bukanlah sesuatu yang mudah kerana pertubuhan ini meletakkan standard yang tinggi untuk mengiktiraf sesuatu rekod itu sebagai rekod dunia.

Oleh itu, pada 12 Februari lalu, Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sibu telah melakukan percubaan untuk memecah rekod dalam GWR menerusi acara ‘Kelas Menulis Kaligrafi Cina Teramai’, yang berlangsung di Unicity, Jalan Wawasan dekat Sibu.

Acara tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 6,140 peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan pelbagai peringkat umur.

Ia juga telah disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Temenggung Dato Vincent Lau dan peguam Tony Hee.

Menerusi acara yang sama, rekod dunia kini dipegang oleh Inner Mongolia (China) di Bayanhushu, pada 8 September 2016, dengan penyertaan seramai 1,260 peserta.

Dalam temu bual bersama Presiden Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sibu Kong Hian Khim berkata, beliau berharap penganjuran acara tersebut bakal tercatat dalam GWR dan seterusnya menjadi hari bersejarah buat bandar Sibu.

“Semua keperluan seperti dokumen, gambar dan video yang diperlukan telah kita sediakan untuk dihantar ke London untuk penilaian pihak Guinness World Records di sana.

“Jadi kita berharap, rekod ini akan berjaya kita capai pada akhirnya,” katanya kepada pemberita dengan nada bersemangat.

Beliau mendedahkan, jumlah keseluruhan peserta yang didaftarkan dengan kod bar adalah seramai 6,533, namun 393 daripadanya tersingkir iaitu kira-kira enam peratus, menjadikan angka sah seramai 6,140.

Kong menjelaskan, mereka telah memenuhi segala syarat yang diperlukan untuk acara itu berjalan dengan lancar.

“Ada loceng disediakan untuk isyarat kelas kaligrafi Cina bermula dan tamat dan kita juga ada penjaga masa, di mana selama satu jam diperuntukkan untuk kelas berkenaan.

“Kita juga menyediakan dua orang guru untuk mengajar peserta-peserta yang terlibat, di mana salah seorang memberi penerangan kepada mereka mengenai kaligrafi Cina dan bagaimana untuk menulis kaligrafi Cina.

Manakala, seorang lagi seorang guru akan membuat demo.

utama semestinya adalah nombor iaitu jumlah peserta.

“Selepas itu, kawasan tertutup di mana, kita gunakan besi penghadang sebagai tanda kawasan itu tertutup dan ada kaunter pendaftaran.

“Kita ada banyak pusat mendaftar.

Apabila peserta tiba, mereka perlu tandatangan, pendaftaran dan mereka akan diberikan kod bar.

Kesemua mereka perlu mendaftar di satu pintu masuk sahaja.

Bila mereka datang, kita bagi “Mereka ialah Hu Siew Long yang memberi penerangan, manakala Wong Ngee Ing yang membuat demonstrasi.

“Peserta juga perlu melalui satu laluan masuk sahaja dan gambar mereka akan diambil.

Setelah itu, pegawai acara yang bertugas akan mengawas peserta yang mengikuti kelas kaligrafi berkenaan sehingga tamat,” katanya.

Selain itu, acara ini juga dirakam menggunakan video dan dipancarkan ke empat hingga lima skrin besar menggunakan projektor.

“Menerusi kaedah ini, semua peserta boleh belajar dengan mudah untuk menulis kaligrafi Cina dengan hanya melihat pada skrin besar yang disediakan,” tambah beliau.

Di samping itu, proses untuk memenuhi kriteria GWR juga tidak mudah, Kong menjelaskan bahawa perkara mereka nombor.

Selepas itu, kod bar mereka akan diimbas oleh pegawai kami yang bertugas di pintu masuk,” jelasnya.

Terdahulu, menurut Kong, kaligrafi Cina merupakan seni budaya masyarakat Cina sejak dulu lagi dan UCA sebagai sebuah organisasi pertubuhan Cina telah menganjurkan program kaligrafi Cina setiap tahun.

Sehubungan itu, bersempena ulang tahun UCA ke-40 dan Tahun Melawat Sibu 2017, mereka telah bercadang untuk melakukan percubaan memecah rekod dunia menerusi acara ‘Kelas Menulis Kaligrafi Cina Teramai’.

“Dengan kerjasama daripada pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Pejabat Residen Bahagian Sibu, askar (Angkatan Tentera Malaysia) dan lain-lain, kita berjaya menghimpunkan seramai 6,140 peserta yang berdaftar menggunakan kod bar,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kong juga berasa terharu kerana acara ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta bukan Cina iaitu masyarakat Bumiputera.

Katanya, pada acara itu, kira-kira 10 peratus adalah peserta bukan Cina.

  • oleh
  • Advertisement