Anda di sini

Kepuasan hubungan peribadi: Malaysia di kedudukan kelima

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malay­sia berada di kedudukan ke­lima daripada 10 negara Asia dari segi kepuasan hubungan peribadi, menurut Indeks Hubungan Prudential 2016 (PRI 2016) yang dikeluarkan semalam.

Kaji selidik itu menekankan hubungan utama rakyat Ma­laysia, termasuk dengan rakan-rakan, anak-anak dan keluarga yang memenuhi 71 peratus daripada keperluan hubungan yang mereka in­gini.

Ketua Pegawai Pemasaran Prudential Assurance Ma­laysia Bhd (PAMB) Khoo Ai Lin berkata indeks berkenaan memberikan gambaran ten­tang kedudukan hubungan di Malaysia, menonjolkan perkara yang menyumbang kepada kebahagiaan dan mereka yang memerlukan perhatian.

“Kajian ini membantu kami memahami pelanggan kami dengan lebih baik. Ia disokong oleh statistik.

“Ia juga membantu kami melengkapkan saluran peng­edaran dan tenaga agensi kami apabila mereka melibatkan diri dengan pelanggan,” ka­tanya pada majlis pelancaran PRI 2016 di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pega­wai Pemasaran Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) Nor Azman Zainal, pence­ramah motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Presiden Persatuan Kelu­arga Perkahwinan Dr John­ben Loy dan pelakon/hos Belinda Chee.

PRI 2016 adalah indeks hubungan di Asia yang per­tama dilancarkan oleh PAMB dan PruBSN.

Sementara itu, Nor Azman berkata, PRI bertujuan untuk menjadi satu projek penyelid­ikan tahunan untuk mengukur trend dan perubahan hubun­gan utama pada tahun-tahun akan datang.

“Sebahagian daripada pan­dangan yang diperoleh oleh PRI akan memainkan peranan penting dalam membantu kami lebih memahami pelang­gan-pelanggan kami, yang seterusnya akan membole­hkan kami membantu mereka mewujudkan hubungan lebih erat dan lebih bermanfaat,” katanya.

PRI 2016 mengukur sejauh mana kepuasan rakyat terha­dap hubungan mereka dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

Dalam kaji selidik itu, 83 peratus rakyat Malaysia berkata pasangan mereka melahirkan rasa cinta kepada mereka berbanding purata 76 peratus di seluruh Asia.

Kajian ini juga menun­jukkan 47 peratus daripada pasangan, berdepan isu wang yang menjadi punca perteng­karan manakala sumber biasa pertengkaran ialah anak (33 peratus), tidak memberi perhatian (32 peratus) dan menghabiskan masa terlalu lama di telefon atau komputer (31 peratus).

Sementara itu, pasangan Malaysia cenderung untuk mengasingkan kewangan mereka dengan hanya 39 peratus mempunyai akaun bank bersama, katanya.

Menurut kaji selidik itu, 67 peratus rakyat Malaysia mem­buat perancangan kewangan bersama-sama pasangan dan 77 peratus berkata mereka bercakap antara satu sama lain mengenai masa depan bersama.

Lebih 5,000 temu bual telah dijalankan di 10 negara Asia termasuk Malaysia, Kem­boja, China, Singapura dan Indonesia mulai 13 hingga 31 Julai, 2016 dengan orang dewasa berumur antara 25 dan 55 tahun.

Di Malaysia, 605 temu bual telah dijalankan mela­lui persampelan dalam talian dengan wakil dewasa di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. — Bernama

Advertisement