Anda di sini

Hyundai Grand Starex Royale 2.5 FL baharu dilancarkan

Advertisement
 Kakitangan Rightpower Corporation Sdn Bhd menunjukkan isyarat bagus semasa pelancaran Hyundai Grand Starex Royale 2.5 FL di Sibu, semalam.
TERBAHARU: Kakitangan Rightpower Corporation Sdn Bhd menunjukkan isyarat bagus semasa pelancaran Hyundai Grand Starex Royale 2.5 FL di Sibu, semalam.

SIBU: Hyundai Grand Starex Royale 2.5 FL baharu telah dilancarkan oleh Rightpower Corporation Sdn Bhd di Jalan Lanang, semalam. Grand Starex yang merupa­kan kenderaan MPV popu­lar daripada Hyundai telah diberikan wajah baharu.

Menurut kenyataan media dari Rightpower Corporation Sdn Bhd, perubahan kosmetik yang paling ketara bagi Starex adalah pada bahagian gril krom hadapan yang mem­berikan pandangan baharu.

“Hyundai mula mengelu­arkan Grand Starex Royale pada tahun 1997 dan mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 1998.

“Sejak dipasarkan, Grand Starex Royale telah menerima pelbagai anugerah dalam kategorinya di dalam dan luar negara,” kata kenyataan itu.

Walaupun menerima reka bentuk kosmetik baharu, jelasnya, Grand Starex Royale masih menggunakan enjin yang sama seperti sebelum ini, 2.5 liter turbo diesel CRDI VGT 168 hp dan 392 Nm tork dari putaran enjnn 2000 – 2500 ppm.

“Grand Starex datang den­gan ciri-ciri standard seperti Cruise Control, Safe Drive Recorder dan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESP).

“Ia juga mempunyai penc­ahayaan automatik serta dilengkapi sebanyak 16 buah pendingin hawa sejajar den­gan keluasannya,” ujarnya lagi.

Katanya, kenderaan MPV ini mempunyai 11 tempat duduk yang boleh diubah mengikut kesesuaian pe­numpangnya.

Ia juga dilengkapi dengan kamera depan dan belakang bagi memudahkan pemand­unya mengendalikan kend­eraan tersebut.

“Kenderaan ini sesuai untuk syarikat-syarikat pelancongan yang berkaitan dengan acara Tahun Melawat Sibu 2017 di mana ia boleh membawa pela­wat bersiar-siar di bandar ini.

“Memandangkan saiznya yang besar dan lebar ia sangat sesuai untuk aktiviti terse­but,” jelas kenyataan itu.

Grand Starex Royale 2.5 FL boleh didapati dengan tiga warna iaitu putih, hitam dan perak serta mempunyai tiga jenis iaitu Royale, Premium dan Deluxe.

Harganya di atas jalan adalah dari RM170,258.51 hingga RM190,229.78.

Bagaimanapun, Right­power Corporation Sdn Bhd turut menawarkan tawaran istimewa kepada pelanggan untuk ketiga-tiga jenis ken­deraan tersebut bermula se­malam sehingga penghujung bulan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut atau mereka yang ingin meli­hat sendiri keunikan kender­aan ini bolehlah mengunjungi premis Rightpower Corpora­tion Sdn Bhd di No.66, Jalan Lanang atau menghubungi talian 084-328698.

Advertisement