Anda di sini

Hotel Nu dibuka secara rasmi hari ini

Advertisement
 Hotel Nu di Bintulu dibuka secara rasminya hari ini.
BAHARU: Hotel Nu di Bintulu dibuka secara rasminya hari ini.

BINTULU: Hotel Nu sebagai sebuah hotel baharu bertaraf empat bintang di bahagian Bintulu mengadakan upacara pembukaan rasmi secara besar- besaran hari ini (Sabtu).

Hote Nu menawarkan pelbagai kemudahan yang diperlukan dan penginapan yang selesa kepada tetamunya yang menginap di hotel terbabit.

Perasmian Hotel Nu yang terletak di Assyakirin Commerce Square (Medan Raya) itu dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sekitar jam 10 pagi di ruang Amber/Coral & Topaz serta akan turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Hotel tujuh tingkat yang mempunyai 210 bilik, tingkat pertama dan kedua untuk lobi, restoran dan kolam renang yang dibina itu secara amnya dianggarkan berkos lebih RM50 juta merupakan hotel baharu yang akan menjadi tempat penginapan yang mampu menjadi tarikan utama untuk menampung keperluan penginapan para pengunjung ke Bintulu, khususnya komuniti perniagaan.

Hotel Nu menyediakan penginapan yang bersesuaian dengan keperluan penginapnya termasuk kemudahan sampingan lain antaranya kemudahan melayari Internet jalur lebar berkelajuan tinggi sesuai untuk urusan perniagaan dan sebagainya.

Hotel tersebut dibina di lokasi strategik dengan jaraknya 23 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Bintulu, 19km dari kawasan Perindustrian Kidurong, 30km dari Taman Negara Similajau, 5km dari pusat bandar Bintulu lama serta berdekatan dengan pusat perbankan, pusat perubatan, pasar raya, restoran, kedai makan dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, hubungi talian 086-312233 atau [email protected].

Advertisement