Anda di sini

7 polis Hong Kong dipenjara 2 tahun

Advertisement
 Anggota polis (kiri) berkawal ketika penyokong prodemokrasi (kanan) melaungkan slogan dan memegang plakad selepas ketibaan tujuh anggota polis (gambar tertera pada plakad kanan), yang didapati bersalah pada 14 Februari kerana menyerang aktivis                 Ken Tsang ketika tunjuk perasaan prodemokrasi pada 2014, di luar Mahkamah Daerah di Hong Kong semalam. — Gambar AFP
PROTES: Anggota polis (kiri) berkawal ketika penyokong prodemokrasi (kanan) melaungkan slogan dan memegang plakad selepas ketibaan tujuh anggota polis (gambar tertera pada plakad kanan), yang didapati bersalah pada 14 Februari kerana menyerang aktivis Ken Tsang ketika tunjuk perasaan prodemokrasi pada 2014, di luar Mahkamah Daerah di Hong Kong semalam. — Gambar AFP

HONG KONG: Tujuh anggota polis Hong Kong dipenjara selama dua tahun semalam bagi apa yang di-sebut oleh hakim sebagai satu serangan “ganas” ke atas seorang penunjuk pera-saan sewaktu rapat umum prodemokrasi pada 2014, yang dirakam dan dipancarkan ke seluruh dunia.

Kesemua tertuduh disabit kesalahan pada awal minggu ini atas tuduhan melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan badan sebenar ke atas aktivis Parti Sivik Ken Tsang, tetapi dilepaskan daripada tuduhan yang lebih serius iaitu menyebabkan kecederaan badan yang parah dengan niat.

Rakaman video bagi sera-ngan itu, yang dibuat oleh sebuah rangkaian tempatan berdekatan ibu pejabat kerajaan bandar raya itu, mengejutkan penduduk dan mengurangkan kepercayaan mereka kepada pasukan polis yang biasanya dipercayai.

Ia menunjukkan sekumpulan lelaki mengheret Tsang yang digari ke satu sudut gelap di sebuah taman awam, di mana dia dibelasah.

Seorang lelaki berdiri di atasnya sambil melakukan beberapa tumbukan manakala anggota lain kelihatan me-nendangnya beberapa kali.

Ia ternyata “satu serangan yang ganas”, kata Hakim Da-vid Dufton ketika menjatuh-kan hukuman di mahkamah daerah bandar raya, dan menambah anggota polis yang melanggar undang-undang “perlu dijadikan contoh”.

Hukuman maksimum bagi tuduhan serangan yang lebih ringan adalah tiga tahun.

“Pelbagai kecederaan dan kerosakan kepada reputasi Hong Kong menjadikan ini satu kes yang sangat serius,” kata Dufton, yang menambah insiden itu telah menarik perhatian media antarabangsa.

Polis dikritik kerana laya-nan mereka yang kadang-     kadang kasar ke atas penunjuk perasaan selama 79 hari rapat umum dan sekatan jalan, yang dikenali sebagai Pergerakan Payung, berlangsung sehingga melumpuhkan beberapa bahagian di bandar raya itu.

Penunjuk perasaan mahukan pilihan raya yang bebas sepenuhnya bagi pemimpin Hong Kong yang separa auto-nomi pada masa depan.

Rapat umum tersebut meletus selepas Beijing berkata orang ramai boleh memilih ketua eksekutif seterusnya, tetapi hanya selepas calon-calon ditapis.

Kebimbangan semakin meningkat di Hong Kong bahawa pihak berkuasa China sedang mengetatkan genggaman mereka ke atas bandar raya tersebut.

Tsang, pekerja sosial yang tidak ada di mahkamah semalam, berkata hukuman itu membuktikan orang biasa dapat “melawan balik” terhadap keganasan polis.

“Saya harap kerajaan dan polis akan membuat sesuatu, memikirkan tentang apa yang mereka sudah lakukan, dan memohon maaf kepada warga Hong Kong,” katanya kepada AFP.

Mahkamah mendapati seorang anggota polis memijak Tsang dan memukulnya dengan cota.

Empat anggota lain menendangnya manakala dua lagi anggota tidak mengambil bahagian tetapi melihat sahaja.

Salah seorang anggota yang menendang Tsang turut didapati bersalah melakukan serangan umum kerana menampar mukanya dua kali selepas dia dibawa ke balai polis.

Dufton berkata Tsang, sekarang 41 tahun, “paling bernasib baik” kerana tidak mengalami kecederaan yang lebih serius dari serangan itu.

Aktivis prodemokrasi yang berhimpun di luar mahkamah berkata mereka berpendapat hukuman itu adalah adil.

Namun penunjuk perasaan propolis yang marah berkata anggota terbabit dihukum tanpa sewajarnya dan mereka akan berarak untuk membantahnya hari ini (Sabtu).

“Kami mahu masyarakat dan hakim melihat betapa marahnya kami,” kata pengerusi sebuah kumpulan sokongan polis, Tang Tak-shing.

Peguam bela berhujah dalam mitigasi bahawa anggota polis terbabit telah menerima tekanan yang kuat ketika tunjuk perasaan berlaku, yang menurut mereka telah melemahkan semangat, dengan beberapa anggota polis yang cedera.

Peguam bela Lawrence Lok mengaitkan serangan itu dengan “kelemahan manusia”.

Penganalisis politik Joseph Chen berkata hukuman itu menunjukkan sistem undang-undang di bandar raya itu masih sempurna.

“Bukti adalah mencukupi bahawa kita masih mempunyai badan kehakiman yang bebas,” katanya kepada AFP.

Tsang sendiri didapati bersalah pada tahun lepas atas tuduhan menyerang dan melawan anggota polis pada malam yang sama, apabila dia menyimbah cecair,  yang tidak dinyatakan jenisnya, ke atas polis.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu dan menyatakan dia akan mengemukakan rayuan. — AFP

Advertisement