Anda di sini

Suri rumah didakwa bunuh bayi perempuannya

Advertisement
 Seorang surirumah berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan Kok Lanas pada 4 Februari lalu., Kota Bharu, semalam — Gambar Bernama
TERTUDUH: Seorang surirumah berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan Kok Lanas pada 4 Februari lalu., Kota Bharu, semalam — Gambar Bernama

KOTA BHARU: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia dua bulan 19 hari di sebuah rumah di Kuarters Jurutera, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini, pada 4 Feb lepas.

Fadillah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiry antara jam 1 petang dan 2 petang di rumah yang didiaminya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Azrul Hasyimi Muhamad menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dipercayai mengelar leher bayi perempuannya hingga mati dalam satu kejadian di kuarters berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dilaporkan berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera berpangkat korperal, berkemungkinan mengalami gangguan emosi. — Bernama

Advertisement