Anda di sini

Kebakaran hutan musnah 11 rumah di NZ

Advertisement

Memaksa 1,000 berpindah, pegawai pertahanan awam isytihar perintah darurat

 Anggota bomba dikerah untuk menangani kebakaran hutan di Christchurch, New Zealand semalam. — Gambar AFP
TERBAKAR: Anggota bomba dikerah untuk menangani kebakaran hutan di Christchurch, New Zealand semalam. — Gambar AFP

WELLINGTON: Kebakaran hutan memusnahkan sekurang-kurangnya 11 rumah dan memaksa beratus-ratus penduduk yang ketakutan agar berpindah di bandar Christchurch di New Zealand, pihak berkuasa berkata semalam.

Pegawai pertahanan awam mengisytiharkan perintah darurat di bandar South Island pada lewat kelmarin ketika dua kebakaran yang telah berlarutan selama beberapa hari bertukar menjadi satu barisan kebakaran besar.

Majlis Perbandaran Christ-church menyatakan lebih 1,800 hektar tanah terbakar di Port Hills, sebuah kawasan hutan tebal dan sukar untuk laluan masuk ke bahagian timur di tengah bandar.

Kira-kira 1,000 orang telah dipindahkan dan, dengan ramalan angin yang dijangka dan memarakkan lagi api, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk agar melarikan diri pada petunjuk pertama bagi bahaya.

Kami faham ia adalah sukar bagi penduduk untuk meninggalkan rumah mereka namun api tersebut boleh berubah arah dan bergerak dengan sangat pantas,” kata sarjan kanan Ash Tabb.

Sekiranya anda berasa bimbang, jangan meninggalkan ia terlalu lambat – ia adalah lebih baik untuk berada dalam keadaan selamat berbanding menyesal kemudian.”

Dengan kepulan asap tebal di atas kawasan Christchurch, penduduk yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan agar tidak keluar dari rumah.

Kebakaran hutan dengan kekuatan sebegini adalah jarang berlaku di New Zealand, di mana penurunan hujan yang kerap biasanya menghalang ia mencapai kekuatan yang dilihat di beberapa tempat seperti Australia dan pantai barat Amerika Syarikat.

Keadaan cemas tersebut setakat ini meragut satu nyawa, apabila sebuah helikopter yang menyimbah air di atas api terhempas pada Selasa lepas dan membunuh juruterbang Steve Askin, seorang veteran pasukan khas yang ditubuhkan.

Pihak pertahanan awam berkata ia mengesahkan 11 rumah terbakar namun menambah situasi telah kerap berubah.

Ia menyatakan 14 heli-         kopter dan tiga pesawat telah membantu menangani kebakaran, jumlah maksimum bagi pesawat yang boleh beroperasi dengan selamat di sekitar barisan kebakaran pada satu masa.

Kira-kira 200 anggota bomba menggunakan kira-kira 45 pam dan tangki di darat, dengan anggota polis dan tentera turut menyediakan kakitangan tambahan bagi respons kecemasan.

Pihak pertahanan awam berkata keadaan cuaca diramalkan untuk reda pada hari ini, memperlahankan perkembangan kebakaran. — AFP

Advertisement