Anda di sini

Juri pertimbang kes rasuah bekas pemimpin Hong Kong

Advertisement
RASUAH?: Bekas pemimpin Hong Kong Donald Tsang bersama isterinya tiba di Mahkamah Tinggi di Hong Kong semalam. — Gambar AFP
RASUAH?: Bekas pemimpin Hong Kong Donald Tsang bersama isterinya tiba di Mahkamah Tinggi di Hong Kong semalam. — Gambar AFP

HONG KONG: Bekas pe-mimpin Hong Kong Donald Tsang akan mengetahui tentang nasibnya tidak lama lagi ketika pihak juri dalam perbicaraan kes rasuah berprofil tingginya mula berbincang semalam.

Tsang, 72, memegang tam-puk pemerintahan sebagai ketua eksekutif selama tujuh tahun dari tahun 2005 dan merupakan pegawai Hong Kong yang berpangkat paling tinggi yang berdepan dengan perbicaraan rasuah.

Ia muncul pada satu masa ketika penduduk telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin Hong Kong, ketika rangkaian kes-kes rasuah berprofil tinggi menambahkan lagi kecurigaan awam mengenai hubungan selesa antara pihak berkuasa dan ketua perniagaan.

Tsang telah mengaku tidak bersalah kepada tuduhan salah laku dan rasuah ketika dia memegang jawatannya. Setiap tuduhan membawa hukuman penjara maksimum selama tujuh tahun.

Tuduhan adalah dikaitkan dengan satu kegagalan untuk memaklumkan rancangannya bagi memajakkan sebuah flet mewah di selatan China di bandar Shenzhen daripada seorang pelabur utama dalam bidang penyiaran, yang pada masa itu sedang cuba untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan Hong Kong.

Tsang dituduh meluluskan permohonan syarikat tersebut bagi mengeluarkan lesen.

Sebuah lagi daripada beberapa syarikat pelabur turut dibayar bagi pembaharuan flet, menurut pendakwa raya, termasuk sebuah gim, bilik rehat dan bilik kaligrafi.

Sebagai tambahan, Tsang juga gagal mengumumkan seorang arkitek yang dia cadangkan bagi satu projek kerajaan telah bekerja sebagai pereka hiasan dalaman untuk flet tersebut.

Memakai sut biasa dan tali leher kupu-kupu, Tsang tiba bersama isterinya di Mahkamah Tinggi di bandar tersebut dan duduk dengan tenang di dalam kandang tertuduh ketika hakim memberikan panduan kepada juri semalam.

Setiap daripada kamu telah mengangkat sumpah atau pengesahan untuk memberikan keputusan sebenar,” hakim Andrew Chan memberitahu panel terdiri daripada lapan wanita dan seorang lelaki.

Tsang sebelum ini menyata-kan dia mempunyai “setiap keyakinan” bahawa dia akan dibebaskan. — AFP

Advertisement