Anda di sini

Cabutan musim kedua ‘New Jimmy Contest’ 19 Feb

Advertisement

Peraduan ini menawarkan hadiah menarik dengan hadiah utama Mitsubishi Outlander

 Lim (kiri) bersama Ting (dua kiri), Goh (dua kanan) dan Tan ketika ditemui pemberita untuk peraduan New Jimmy Contest.
JUMPA ANDA DI SANA: Lim (kiri) bersama Ting (dua kiri), Goh (dua kanan) dan Tan ketika ditemui pemberita untuk peraduan New Jimmy Contest.

SIBU: Liansin Trading Sdn Bhd dan Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd, pemborong beras terbesar di Sarawak akan menganjurkan cabutan pemenang musim kedua New Jimmy Contest di Pasar Raya Sing Kwong, Jalan Salim pada 19 Februari ini.

Pengurus Kanan Pemasaran Liansin Trading Sdn Bhd, Lim Boo Kiong berkata, peraduan New Jimmy Contest menawarkan hadiah menarik dengan hadiah utama Mitsubishi Outlander yang bernilai RM174,000.

Keseluruhan 175 hadiah untuk dimenangi pelanggan bertuah. Peraduan New Jimmy Contest terbuka kepada orang ramai pada 1 Julai hingga 31 Mac dan dibahagikan kepada tiga musim cabutan pemenang.

Cabutan pemenang musim pertama telah diadakan di Miri pada Oktober 2016. Manakala cabutan musim kedua akan diadakan di Sibu pada Ahad ini dan cabutan musim ketiga dan cabutan pemenang hadiah utama akan diadakan di Kuching pada April ini,” jelasnya.

Katanya, cabutan pemenang musim kedua akan disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Datuk Tiong Thai King.

Cabutan dijadualkan bermula pada jam 2 petang di Pasar Raya Sing Kwong, Jalan Salim dan kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik dan promosi istimewa kepada para pelanggan.

Dengan pembelian satu beg beras wangi Butterfly 10 kilogram, pelanggan akan mendapat percuma satu beg beras wangi Butterfly 5 kilogram. Promosi terhad kepada 200 beg sahaja,” ketika ditemui pemberita di pejabat Liansin Trading Sdn Bhd, Jalan Then Kung Suk, semalam.

Hadir sama ialah Pengurus Cawangan Sibu Liangtye Trading Sdn Bhd Ting Ken Siang, Eksekutif Pemasaran Goh Hui Kiong dan Penolong Operasi Jualan Tan Thien Thein.

Untuk layak mengambil bahagian dalam peraduan, Lim berkata, pelanggan hanya perlu membuat pembelian 5 kilogram atau 10 kilogram beras jenama Haryana, Mr Thai, Butterfly, Royal Chrysanthemum, Bunga Matahari, Liansin Fresh, Cap Amoi, Super Ratu, Padi Gedong, Uncle Tan, Ratu Premium, 3A Boy dan Ratu Huma.

Pelanggan perlu mengisi maklumat diri dalam borang yang boleh didapati dalam beg beras dan hantar kepada Liansin Trading Sdn Bhd Kuching atau masuk ke dalam kotak yang disediakan di pasar raya dan outlet jualan,” ujarnya.

Cabutan musim kedua peraduan New Jimmy Contest menawarkan hadiah pertama seunit kerusi urut Smart Vogue Ogawa, hadiah kedua seunit mesin pengering pakaian Samsung, hadiah ketiga seunit periuk IH Smart Eco Cooker Buffalo, hadiah khas lima unit basikal dan 50 beg beras wangi Butterfly menanti pemenang sagu hati.

  • oleh
  • Advertisement