Anda di sini

Projek Borneo 744 hab untuk belia dan usahawan

Advertisement

Bakal menempatkan aktiviti berkaitan kreativiti, seni persembahan, inovasi dan keusahawanan

 Sebahagian daripada ruangan di dalam beberapa blok yang terdapat di Borneo 744 di Kuching.
HAB BANTU BELIA: Sebahagian daripada ruangan di dalam beberapa blok yang terdapat di Borneo 744 di Kuching.

KUCHING: Projek Borneo 744 merupakan sebuah projek tidak berasaskan keuntungan sebagai hab membantu belia dan usahawan mengembangkan perusahaan atau perniagaan mereka.

 Ia merupakan projek yang berasaskan kepada Lautan Biru Perbandaran Usahawan (BOET) di atas tanah berkeluasan 10 ekar dengan pemandangan sungai yang dikendalikan oleh CLBG.

 Menurut Pengurus Besar Borneo 744, Evelyn Jutem semalam, ia bakal menjadi hab yang menumpukan kepada kreativiti, seni persembahan, inovasi dan keusahawanan di Sarawak.

 Justeru, pihaknya kini sedang membuka peluang kepada perwakilan daripada Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Sarawak dan rakan kongsi yang berpotensi termasuk penghuni baharu, ‘MaGIC’ dan ‘Tanoti’.

 Pihaknya semalam turut menjemput penghuni baharu untuk melihat sentuhan terakhir pengubahsuaian yang akan dilakukan pihaknya sebelum penyerahan yang akan dilakukan pada 1 Mac ini.

 Kawasan binaan tersebut mempunyai keluasan seluas 120,000 kaki persegi telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan 2016 sebagai perintis kepada projek pertama BOET.

 Dengan lokasi yang strategik, Borneo 744 hanya terletak 11 kilometer dari kawasan bandar raya Kuching dan lima minit pemanduan dari Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK).

 “Pihak kami menyediakan ruang yang besar dengan bayaran yang minimum bagi idea kreatif, persembahan, sukan terpilih dan aktiviti masa lapang atau penerbitan berskala kecil juga usahawan komuniti bebas menggunakannya.

 “Borneo 744 terdiri daripada lima bangunan yang mempunyai kemudahan yang pelbagai (Blok A, B, C, D dan E) dengan setiap blok diperuntukkan untuk aktiviti tertentu berdasarkan saiz bangunan, kemudahan, pusat akses dan juga akustik.

 “Setakat ini kami telah mendapat maklum balas sekitar 100 daripada kalangan mereka yang berminat untuk menggunakan ruangan yang telah disediakan di sini bagi setiap projek yang dijalankan mereka yang berkepentingan,” katanya semalam.

 Model tersebut katanya, amat popular terutama bagi keusahawanan berskala kecil, pembuatan kraf tangan, ruang F & B, permulaan peruncitan, aktiviti latihan dan sebagainya.

 Pihaknya kini dalam usaha peringkat terakhir untuk menandatangani perjanjian dengan pemegang lesen utama pada tarikh penyerahan yang telah ditetapkan kepada pemegang lesen iaitu 1 Mac ini.

 Pemegang lesen juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk mulai beroperasi pada 15 April depan dan bagi mereka yang mendaftar awal sebelum tarikh tersebut akan mendapat sewaan percuma selama enam bulan.

 “Sementara itu bermula dari 1 Mac sehingga 31 Ogos kami akan memberikan 44 peratus dsikaun harga bagi penganjur acara yang telah mengesahkan pengambilan ruang untuk digunakan (sama ada studio tarian, ruang pameran atau persembahan dan lain-lain).

 “Mereka yang menjalankan keusahawanan katering dan restoran juga boleh menggunakan ruangan ini.

 “Kami sedang memuktamadkan program kami untuk 12 bulan akan datang di mana akan diadakan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan tarian, bengkel manik, tugasan pengucapan awam dan acara sukan.

 “Kami mengalu-alukan cadangan dan idea daripada orang ramai untuk acara-acara dan aktiviti yang mereka minati,” ujarnya.

 Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Borneo 744 boleh menghubungi melalui e-mel di [email protected] atau melalui talian +60 82 238888 untuk perbincangan dan untuk mengatur lawatan.

 Untuk mengetahui lebih lanjut, juga boleh layari laman web www.borneo744.com atau halaman Facebook di Https://www.facebook.

  • oleh
  • Advertisement