Anda di sini

Mahkamah tetap 31 Mac keputusan pemilik bangunan buat sambungan haram

Advertisement

SIBU: Mahkamah Majistret menetapkan 31 Mac ini bagi membuat keputusan terhadap seorang pemilik bangunan membuat sambungan haram atas sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Hulu Lanang.

Wong Ting Sheng, 48, bagi pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 10(4), Ordinan Bangunan Sarawak 1994.

Mengikut pertuduhan, Wong didapati melakukan kerja penyambungan bangunan tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa ketika diperiksa pada 13 Jun, 2011, kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Hulu Lanang.

Pada 4 Mac, 2016, dia didakwa gagal mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 10(1)(b), Ordinan Bangunan Sarawak 1994 bagi meroboh sambungan haram pada bangunan dua tingkat terbabit.

Notis bagi merobohkan sambungan haram itu telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa pada 2 Febuari, 2016.

Ketika prosiding kes, tiga anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Sibu telah memberi keterangan masing-masing manakala  Wong diwakili peguam bela Yap Hoi Liong.

Advertisement