Anda di sini

Bintulu Buskers tidak pernah minta tips dari meja ke meja

 Ahli-ahli Bintulu Buskers mengadakan persembahan di Pantai Tanjung Batu.
MENGHIBURKAN: Ahli-ahli Bintulu Buskers mengadakan persembahan di Pantai Tanjung Batu.

BINTULU: Bintulu Buskers yang mengadakan persembahan muzik dan nyanyian di Pantai Tanjung Batu di sini tidak pernah minta tips atau wang dari meja ke meja sebaliknya menyediakan bekas khas kepada pengunjung di tempat rekreasi tersebut.

Perkara ini dijelaskan oleh jurucakap Bintulu Buskers yang kerap mengadakan persembahan nyanyian di sekitar pantai itu.

“Kami tidak mempraktikkan minta tips atau wang dari meja ke meja kerana tidak mahu mengganggu keselesaan pengunjung sebaliknya meletakkan bekas di hadapan tempat kami mengadakan persembahan,” katanya.

Jelasnya, Bintulu Buskers berharap pengunjung faham dan menilai sendiri pendekatan mereka bagi kutipan tips dan bukannya menjalankan kutipan dari meja ke meja seperti beberapa individu warga negara asing meminta terus duit kepada orang ramai melakukan aktiviti riadah di situ.

Pada masa sekarang, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menempatkan lokasi baharu busking berhampiran kawasan gerai jualan makanan setelah premis jualan tersebut dinaik taraf dan berwajah baharu.

Bintulu Buskers mengucapkan terima kasih kepada orang ramai sentiasa menyaksikan persembahan nyanyian mereka tiap kali datang ke pantai tersebut.