Anda di sini

Protes terus menggegar Bucharest

Advertisement

Pelonggaran undang-undang antirasuah dibantah rakyat sekeras-kerasnya

BUCHAREST: Puluhan ribu orang rakyat Romania mengharungi keadaan sejuk dan kembali berkumpul di jalan raya dalam bantahan kelmarin, menyeru kepada kerajaan agar meletakkan jawatan ketika mereka menuduh ia cuba melonggarkan undang-undang antirasuah.

Pencuri! Pencuri!” laung penunjuk perasaan yang berkumpul di depan kerusi kerajaan di Bucharest, ketika mereka menggunakan lampu dari telefon bimbit mereka bagi memancarkan warna biru, kuning dan merah bagi bendera Romania.

Seramai 50,000 penunjuk perasaan telah mengambil bahagian dalam perarakan Bucharest, menurut laporan media Romania.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak memberikan sebarang anggaran.

Kira-kira 20,000 orang lagi telah berkumpul di bandar utama yang lain, menyeru pihak kerajaan agar berundur.

Kami ingin untuk memberikan kerajaan sekeping kad merah,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Adrian Tofan, 33, seorang ahli perniagaan.

Tunjuk perasaan kelmarin, tunjuk perasaan untuk hari ke13 terhadap kerajaan, dilakukan di sebalik pentadbiran menyokong satu dikri kontroversi yang dirancangkan yang telah membuatkan penyalahgunaan kuasa sebagai satu jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara hanya sekiranya jumlah yang terlibat melebihi 200,000 lei (AS$47,500).

Tunjuk perasaan, yang terbesar sejak penggulingan dan hukuman mati segera terhadap diktator komunis Nicolae Ceausescu pada 1989, telah diteruskan di sebalik perletakan jawatan pada Khamis lepas oleh menteri kehakiman Florin Iordache.

Perletakan jawatan oleh menteri kehakiman adalah tidak mencukupi selepas apa yang mereka cuba lakukan,” menurut Tofan, seorang penunjuk perasaan

Seorang lagi penunjuk perasaan turut menyatakan beliau telah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap kerajaan.

Kami ingin kerajaan ini meletakkan jawatan.

Kami tidak memper-cayainya, mereka ingin kami berundur,” menurut Bogdan Moldovan, seorang doktor.

Romania menyertai Kesatuan Eropah pada 2007 dan Brussels sudah lama mendorong Bucharest yang lembap berdepan rasuah dan jenayah terancang.

Negara mempertingkat usaha ketika menangani kegiatan rasuah sejak beberapa tahu ini dengan pelantikan seorang pendakwa raya yang ditempatkan dengan agensi antirasuah DNA, yang telah menjadi salah satu daripada agensi kerajaan paling popular selepas pensabitan beberapa orang menteri dan pegawai kanan.

Badan pemerhati Transparency International meletakkan Romania di bawah semua negara namun di tempat ketiga di kalangan negara EU lain dalam satu laporan pada Januari lepas berdasarkan persepsi umum mengenai kegiatan rasuah yang tersebar meluas.

Di peringkat dunia, negara itu berada di kedudukan ke-57. — AFP

Advertisement