Anda di sini

Komunis perengus Jepun bantah Hari Valentine

Advertisement
 Anggota Kakuhido mengadakan demonstrasi anti-Hari Valentine di Tokyo, kelmarin. — Gambar AFP
TERSINGGUNG: Anggota Kakuhido mengadakan demonstrasi anti-Hari Valentine di Tokyo, kelmarin. — Gambar AFP

TOKYO: Menjelang sambutan Hari Valentine di Jepun, sekumpulan penunjuk perasaan komunis perengus menyeru aksi intim di khalayak ramai, mendakwa mereka tersinggung.

Anggota ‘Kakuhido’ atau Pakatan Revolusi Lelaki yang dianggap Wanita Tidak Menarik, mendedahkan kain rentang gergasi ‘Hancurkan Hari Valentine’ dalam cubaan menjejaskan sambutan asmara tahunan itu.

Kumpulan perengus itu mencetuskan pandangan penuh tanda tanya daripada orang ramai yang lalu lalang di daerah trendi Shibuya di mana mereka mengecam komersialisme dan melaungkan slogan seperti ‘bermesra di khalayak ramai adalah terorisme’.

Matlamat kami adalah untuk menghancurkan kapitalisme cinta ini,” kata ketua perhubungan awam kumpulan itu Takayuki Akimoto.

Orang seperti kami yang tidak mencari nilai dalam cinta sedang ditindas oleh masyarakat.

Ia adalah konspirasi oleh orang yang menganggap lelaki tidak menarik golongan bawahan atau sampah masyarakat, seperti berpelukan di khalayak ramai membuatkan kami berasa teruk dan itu tidak boleh dimaafkan,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan itu turut memprotes ‘suri rumah yang mengawal masa depan Jepun’ tatkala suami mereka yang tidak berdaya bekerja sepanjang hari di pejabat.

Hari Valentine di Jepun merangsang perniagaan konfeksi ketika tradisi menuntut wanita membeli coklat untuk lelaki dalam kehidupan mereka, seperti kekasih, rakan sekerja atau suami.

Lelaki akan membalas balik sebulan kemudian pada Hari Putih, gelombang idea pemasaran Jepun yang digalakkan pengeluar konfeksi pada 1980-an untuk mengaut keuntungan.

Tradisi memberi coklat bermaksud anda sentiasa bersaing,” kata Akimoto, 33, lantas mengecam apa yang digelar kumpulannya sebagai ‘kapitalisme berasaskan asmara’ Hari Valentine.

Anda dinilai dengan jumlah hadiah manisan sedangkan ia adalah strategi perniagaan oleh kapitalis coklat, sungguh tidak logik.”

Hari Valentine sebenarnya berasal daripada tradisi purba Kristian dan Romawi, dan Akimoto membidas: “Sambutan bercirikan agama telah diputar belit menjadi alat untuk menjana wang.”

Jepun mengalami masalah keintiman apabila pasangan terlalu tertekan atau sibuk untuk melakukan seks, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan untuk menaikkan kadar kelahiran ketika penggubal polisi bergelut menangani populasi yang semakin mengecut.

Akimoto mendakwa mesej kumpulannya semakin disedari selepas 10 tahun memprotes.

Baru-baru ini kita dengar semakin ramai menyambut Krismas berseorangan atau wanita sudah muak dengan Hari Valentine.

Kami percaya melalui perjuangan kami, kami telah membantu menyumbang kepada peralihan sosial tersebut,” tambahnya.

Kakuhido diasaskan pada 2006 oleh Katsuhiro Furusawa, yang mulai membaca Manifesto Komunis selepas ditinggalkan teman wanitanya dan merumuskan bahawa tidak popular kalangan wanita adalah isu kelas sekali gus memarakkan mesej anti-Valentinenya.

Akimoto turut menawarkan nasihat kepada bakal ahli kumpulan itu yang turut memprotes Hari Putih dan Krismas.

Kami mengatakan anda tidak perlu menikmati Krismas atau Hari Valentine.

Hanya habiskan hari tersebut seperti biasa. Musuh kami memang kuat tetapi kami sudah bersedia untuk satu perang yang panjang sepenuhnya,” katanya sambil menambah, Kakuhido turut menyasari sambutan Halloween. — AFP

Advertisement