Anda di sini

Anak istimewa PDK Miri teruja terima kunjungan Hotel Mega

Advertisement
 Jenny (kiri) bersama kakitangan Hotel Mega yang lain turut serta dalam aktiviti permainan yang diadakan.
TERLIBAT SAMA: Jenny (kiri) bersama kakitangan Hotel Mega yang lain turut serta dalam aktiviti permainan yang diadakan.
 Javaerlyne mengagihkan angpau untuk anak-anak di PDK Miri.
UNTUK KAMU: Javaerlyne mengagihkan angpau untuk anak-anak di PDK Miri.
 Jenny (kanan) yang membantu anak-anak PDK Miri dalam aktiviti permainan yang diadakan di bangunan Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri (PIBAKIS), PDK Miri.
CEPAT: Jenny (kanan) yang membantu anak-anak PDK Miri dalam aktiviti permainan yang diadakan di bangunan Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri (PIBAKIS), PDK Miri.

ANAK istimewa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri begitu teruja dan seronok menerima kunjungan daripada kakitangan Hotel Mega di Miri, baru-baru ini.

 Mereka yang menyambut dan menerima kedatangan kunjungan pihak Hotel Mega terbabit yang diketuai oleh Pengurus Operasinya, Javaerlyne John Jutie dengan senyuman ceria.

 Hadir sama ialah Pengurus Komunikasi Hotel Mega Jenny Chen, Pengurus Kanan Jualan Hotel Mega Ben Aranee dan Eksekutif Jualan Hotel Mega Bibi Farbeen.

 Menurut Jenny, dalam lawatan berkenaan pihaknya menganjurkan aktiviti permainan sebagai hiburan untuk anak-anak di PDK tersebut.

 “Permainan yang kami lakukan ialah berdasarkan kebolehan mereka.

 Contohnya, jika mereka boleh menyanyi kita galakkan menyanyi atau mereka yang boleh menari pula diminta untuk menari, sebagai penalti permainan dijalankan dan turut diberi hadiah.

 “Ini juga adalah aktiviti untuk pihak kami bergaul dengan mereka dan berkongsi keseronokan,” jelasnya.

 Katanya, selain kunjungan sempena Tahun Baharu Cina, ia turut sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel untuk masyarakat setempat atau yang memerlukan.

 Selain aktiviti permainan, anak-anak di PDK terbabit turut dihidangkan dengan juadah makanan dan sumbangan angpau.

  • oleh
  • Advertisement