Anda di sini

Razak Mohaideen kembali dengan filem ke-40 ‘Soulmate Hingga Jannah’

Advertisement
__alt__

KUALA LUMPUR: Prof Datuk Dr A. Razak Mohaideen kembali dengan karya terbaharu arahannya, ‘Soulmate Hingga Jannah’ yang berkisar tentang cinta, pengorbanan, persahabatan dan janji setia.

 Filem romantik yang disulami elemen komedi merupakan arahan ke- 40 A. Razak dan bakal ditayangkan serentak di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura pada 16 Feb ini.

 Ia dibintangi pelakon terkenal Erra Fazira dan memperlihatkan penyanyi popular Singapura, Taufi k Batisah kembali ke layar perak.

 Filem ini turut dijayakan oleh Raja Ilya, Datuk Rahim Razali, Reen Rahim, Douglas Lim, Nad Zainal dan pelakon cilik Ainin Batrisya.

 Menurut A. Razak, judul fi lem ini pada awalnya adalah ‘Soulmate’, tetapi atas permintaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) ia terpaksa dipanjangkan kerana LPF tidak mahu judul fi lem Melayu menggunakan Bahasa Inggeris.

 “Pihak Fita Studios dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM turut terpaksa berjumpa pengerusi LPF untuk mendapatkan kelulusan khas bagi peng- gunaan Bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media ‘Malam Cinta Soulmate’ baru-baru ini.

 JANJI CINTA Filem ini mengisahkan Azmeer (Taufi k) yang terperangkap dengan janji cinta yang terpatri mati bersama Khalisya (Reen) yang tidak mungkin membuka hatinya lagi dan cintanya noktah bersama Khalisya.

 Tetapi cinta tetap hadir tanpa diundang dan dalam diam, Ira (Erra) sebagai sahabat dan rakan sekerja Azmeer juga tetap setia.

 Setia dalam konteks mendambakan cinta Azmeer.

 Dalam masa yang sama, tidak ada seorang pun pembantu peribadi dapat bertahan dengan sifat baran Azmeer.

 Namun, Jacky (Douglas), teman karib Azmeer yakin hanya Rokiah (Raja Ilya) sahaja mampu bertahan dengan sikap dan kerenah Azmeer.

 Azmeer ditugaskan ke Chiang Mai, ditemani Rokiah dan Ira dan apa bakal terjadi apabila cinta datang lagi? Adakah teman jiwa bakal sampai Jannah? A.

 Razak memilih kisah cinta yang lebih matang iaitu kisah pemuda yang pernah berkahwin.

 Oleh sebab itu, pemilihan pelakon juga disesuaikan dengan watak.

 “Saya yakin pemilihan pelakon terutamanya gandingan Taufi k Batisah dan Raja Ilya amat tepat.

 Penggambaran fi lem ini juga melibatkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Utara Thailand iaitu ChiangMai bagi mendapatkan pemandangan yang menarik,” katanya.

 BUKU KARYA AYU HASWIDA Orang ramai juga boleh mendapatkan naskah novel ‘Soulmate Hingga Jannah’ yang disuntik jalan cerita berbeza untuk memberi pengalaman baharu kepada pembaca karya Ayu Haswida yang boleh didapati menerusi lama e-dagang Seksyen 1 (section1.com.my) tidak lama lagi.

 Dua lagu tema turut dicipta komposer tersohor Azmeer bagi melengkapkan fi lem ini menerusi Lagu Teman Jiwa nyanyian Taufi k dan Erra dan lagu Memilih Mencintamu gandingan Taufi k dan Adira.

 Fita Studios memberi peluang kepada 45 pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM dalam pendedahan praktikal dan terbabit secara langsung dalam penghasilan fi lem ini.

 Seramai 16 pensyarah yang memegang jawatan penting dalam fi lem ini juga terbabit dalam membantu dan menjayakan pembikinan fi lem ini.

 Satu cabaran yang dinamakan #SoulmateChallenge juga disahut oleh selebriti tempatan.

 Cabaran yang yang dijalankan menerusi laman sosial Instagram memerlukan mereka meluahkan ciriciri ‘soulmate’ atau teman jiwa impian mereka atau menyatakan apa yang istimewa tentang pasangan mereka.

 Antara selebriti yang telah menyahut cabaran tersebut termasuk Fasha Sandha, Yusry KRU, Fauzi Nawawi, Umie Aida, dan Datin Nur Shahida D’Herbs. — Bernama

  • oleh
  • Advertisement