Anda di sini

Hotel Nu pilihan terbaik pengunjung ke Bintulu

Advertisement
 Kemudahan kolam renang dan ruang santai yang terdapat di Hotel Nu.
KEMUDAHAN: Kemudahan kolam renang dan ruang santai yang terdapat di Hotel Nu.

HOTEL Nu merupakan hotel terbaharu bertaraf empat bintang yang siap dibina menawarkan tempat penginapan selesa dan pelbagai kemudahan diperlu untuk mereka ingin berkunjung ke Bahagian Bintulu khusus komuniti perniagaan menjalankan pelbagai urusan berkaitan.

 Dibangun di lokasi strategik kawasan tengah bandar Bintulu di Assyakirin Commerce Square Jalan Tanjung Kidurong juga kawasan Medan Raya merupakan hotel pilihan menyediakan tempat penginapan terbaik untuk tetamunya.

 Pengurus Hotel Nu, Seamus Lee Shin Poh berkata, Hotel Nu menyediakan kemudahan 210 bilik, tiga ruang acara, empat bilik majlis serta beberapa kemudahan lain termasuk kolam renang dan tempat barbeku terletak di tingkat satu hotel terbabit termasuk ruang parkir bawah tanah.

 “Bersebelahan dengannya adalah Medan Selera dalam satu bangunan dan dari tingkat dua hingga tujuh merupakan bilik tetamu.

 “Hotel Nu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada tetamunya di bandar Bintulu pesat membangun termasuk menyediakan kemudahan diperlukan dalam hotel baharu dengan memberikan pilihan terbaik untuk komuniti perniagaan dan ahli korporat bagi urusan perniagaan mereka,” ujarnya dalam temu bual dengan Utusan Borneo semalam.

 Beliau berkata, pihaknya menyediakan bilik majlis dalam skala kecil tetapi berfungsi penting membantu dalam penganjuran majlis seminar, jamuan, mesyuarat dan jerayawara untuk aktiviti perniagaan sekali gus mampu menampung keperluan syarikat korporat dan syarikat antarabangsa di sini.

 Katanya, Hotel Nu merupakan hotel tujuh tingkat terletak di lokasi strategik menawar bilik dari jenis ‘Standard, Superior, Deluxe, Nu Suite dan Premier Suite termasuk 12 Suites mewah’ dilengkapi kemudahan bertarafmoden, kawalan keselamatan 24 jam, perkhidmatan bilik, surau, ruang lobi, restoran dan lain-lainnya.

 “Kami menyediakan semua kemudahan di setiap bilik, dilengkapi dengan permaidani dan lantai marmar, penyediaan kopi dan teh, perkhidmatan dobi, televisyen dengan pilihan pelbagai saluran rancangan, untuk pengembara serta tetamu yang bekerja atau untuk ahli perniagaan yang membuat urusan perniagaannya,” katanya.

 Menurutnya, pihak hotel juga menyediakan sambungan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang mampu menjadikan pusat urusan perniagaan bagi ahli perniagaan.

 “Kawalan keselamatan turut ditekan penyediaannya dalam bilik tetamu hotel ini yang mana tetamu yang ingin memasuki bilik mereka perlu mempunyai kad akses khas yang disediakan pihak hotel di tingkat penginapan mereka.

 “Parkir kereta bawah tanah pula adalah keistimewaan yang disediakan Hotel Nu untuk ahli perniagaan menjadi tetamu hotel ini dengan kawalan keselamatan ketat,” tambahnya.

 Jelasnya, selain keselesaan, Medan Selera antara satu lagi tarikan tambahan untuk tetamu menikmati pelbagai hidangan makanan terletak bersebelahan bangunan hotel sama menempatkan 13 gerai menyediakan hidangan makanan etnik tempatan, makanan Muslim tempatan, makanan laut dan sebagainya beroperasi sama dengan hotel dari jam 6 pagi hingga 11 malam.

 “Konsep kami guna pakai ini tidak hanya untuk membezakan konsep diguna hotel sedia ada tetapi memberi keselesaan kepada tetamu hotel kami pergi ke beberapa tempat berdekatan pusat beli-belah, urusan perniagaan, perbankan, pusat perubatan dan mengunjungi tempattempat menarik di Tanjung Batu dan Tamu yang boleh diakses mudah di Bintulu dengan hanya berjalan kaki atau berkenderaan,” katanya.

 Beliau berkata, tetamu boleh memandu beberapa minit dari pusat bandar ke Hotel Nu dan lokasi hotel ini memberi banyak kelebihan kepada tetamu yang pertama kali berkunjung ke Bintulu untuk merasai penginapan yang selesa di samping menikmati kemudahan lain yang disediakan.

 Hotel Nu katanya, ia bermaksud keadaan baharu dan segar yang boleh dirasai tetamunya iaitu satu pengalaman penginapan dan kawasan persekitaran selesa seperti berada dalam sebuah rumah.

 “Hotel ini juga adalah tempat yang sesuai untuk program latihan berkaitan perkhidmatan hospitaliti termasuk latihan perkhidmatan untuk sajian makanan dan minuman untuk lepasanlepasan sekolah atau generasi baharu untuk memperkembang potensi mereka dalam pasaran kerja berkaitan,” katanya.

 Ujarnya, apa yang kami tekankan ialah untuk memberikan perkhidmatan hospitaliti terbaik kepada tetamu hotel sekali gus untuk mengangkat perkhidmatan layanan yang mesra bukan hanya untuk kebaikan hotel kami tetapi untuk hotel-hotel lain yang ada di Bintulu.

 “Cara ini akan mampu membina hubungan dan reputasi serta imej jangka panjang yang baik dengan tetamu hotel serta masyarakat keseluruhannya yang secara tidak langsung akan memperkenal kepada yang lain layanan terbaik disedia hotel di Bintulu,” katanya.

 Beliau berkata, penekanan berkenaan layanan baik diberi itu antara peranan penting membantu menyokong perkembangan ekonomi Bintulu begitu pantas bergerak serta menggalak hotel lain meningkatkan perkhidmatan layanan mesra mereka dengan menurut pendekatan yang sama.

 Dalam pada itu untuk mendapat keterangan lanjut berkaitan Hotel Nu hubungi talian 086-312233 atau e-mel ke info@ nuhotel.com.my (Am), reservations@nuhotel. com.my (Tempahan), [email protected] (Perhubungan Awam & Jualan), m2nuhotel.com. my (Pengurus Hotel) atau layari laman sesawang di www.nuheotel.com.my.

  • oleh
  • Advertisement