Anda di sini

Ambang pilihan raya gabenor Jakarta

Advertisement
 Jakarta dibanjiri peserta rapat umum Muslim Indonesia, semalam menjelang pilihan raya gabenornya minggu depan. — Gambar AFP
SUARA LANTANG: Jakarta dibanjiri peserta rapat umum Muslim Indonesia, semalam menjelang pilihan raya gabenornya minggu depan. — Gambar AFP

Lebih 100,000 berhimpun di masjid utama tuntut sokongan untuk calon Muslim

JAKARTA: Lebih 100,000 warga Indonesia berhimpun semalam di sebuah masjid di tengah Jakarta, di mana para pemimpin agama menggesa mereka untuk menyokong seorang calon Islam dalam pilihan raya yang kontroversi bagi memilih gabenor ibu kota pada minggu depan.

 Jutaan penduduk Jakarta akan mengundi Rabu ini untuk memilih gabenor baharu bagi bandar raya yang besar itu, dalam pemilihan yang menurut penganalisis sudah berbentuk satu pertarungan proksi menjelang pilihan raya presiden pada 2019.

 Indonesia mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia tetapi mengiktiraf enam agama dan mempunyai ratusan kumpulan etnik dan penganut kepercayaan tradisional.

 Di Jakarta, penyandang etnik Cina Kristian Basuki Tjahaja Purnama, menentang dua calon Muslim — Agus Harimurti Yudhoyono, anak bekas presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dan bekas menteri pendidikan Anies Baswedan.

 Purnama berada dalam situasi yang luar biasa kerana berkempen pada waktu beliau menghadapi perbicaraan bagi kekufuran, dengan melakukan penampilan setiap minggu di mahkamah untuk membela diri daripada tuduhan menghina kitab suci al-Quran.

 “Pada 15 Februari, kita gembira untuk mengundi seorang pemimpin Muslim,” kata seorang penceramah, Maulana Kamal Yusuf, kepada orang ramai yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang memakai jubah putih dan memenuhi masjid Istiqlal yang besar sejak subuh lagi untuk solat berjemaah.

 “Jakarta akan dipimpin oleh seorang pemimpin Muslim yang tunduk kepada kehendak Allah,” katanya, dan menggesa pendengar untuk memilih Yudhoyono atau Baswedan.

 “Jakarta akan menjadi sebuah kota yang beragama.

” Keselamatan di sekeliling masjid dikawal ketat polis dan tentera bersenjata.

 Semalam merupakan hari terakhir sebelum “tempoh senyap” di mana calon dan penyokong mereka dilarang daripada berkempen untuk mendapatkan undi.

 Yusuf juga meminta hadirin untuk menyokong Habib Rizieq, ketua kumpulan Islam yang berpendirian keras, Barisan Pembela Islam (FPI), yang telah dilaporkan kepada polis kerana didakwa menghina ideologi negara, Pancasila, dan simbol negara.

 Kumpulan Islam yang diketuaiFPItelahmengadakan rapat umum untuk menuntut agar Purnama dipenjara bagi hinaan yang didakwa, topik sensitif di sebuah negara di mana kebanyakan populasinya seramai 250 juta orang adalah Muslim manakala etnik Cina secara rasminya merangkumi hanya lebih satu peratus.  — Reuters

Advertisement