Anda di sini

Pengusaha kayu dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh

Advertisement
 Hii (dua kanan) diiring anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistert atas tuduhan membunuh.
DIDAKWA: Hii (dua kanan) diiring anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistert atas tuduhan membunuh.

SIBU: Seorang pengusaha kayu dihadap di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 30 tahun pada 23 Januari lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Hii Siew Chung, 33, selepas pertuduhan dibaca dan diterang kepadanya oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Foochow.

Majistret Saiful Sayoti kemudian memerintahkan kes dipindah ke Mahkamah Tinggi serta menetapkan 14 Mac depan bagi sebuat semula.

Mengikut prtuduhan, Hii didakwa melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Tiong Kah Hock, 30, pada 23 Januari, 2017, antara jam 3 pagi hingga 7 pagi bertempat di kawasan lapang di Jalan Ting Sing.

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit dengan kesalahan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, tertuduh ditahan oleh pihak polis selepas empat jam penemuan mayat mangsa kira-kira jam 1 petang pada 26 Januari lepas.

Terdahulu sebelum itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 25 Januari selepas mangsa tidak balik ke rumahnya di Jalan Teku sejak 22 Januari lepas.

Pada 25 Januari, kenderaan Tiong telah dijumpai di jeti Tanjung Malin, sebelum mayatnya dijumpai di kawasan lapang di Jalan Ting Sing oleh seorang remaja sedang mencari buah.

Advertisement