Anda di sini

Lelaki menghidap asma ditemui mati dalam kereta

Advertisement
 Kereta mangsa diletakkan di tepi Jalan Sulaman malam Rabu lalu.
DISERANG ASMA: Kereta mangsa diletakkan di tepi Jalan Sulaman malam Rabu lalu.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit asma ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya yang dihentikan di tepi Jalan Sepanggar berhadapan Taman Indah Permai, di sini, malam Rabu lalu.

Mangsa dikenali sebagai Johari Mohd Basir, 34, bekerja sebagai tukang masak yang berasal dari Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Iswara, kira-kira jam 10.45 malam Rabu lalu.

“Pemeriksaan awal terhadap badan mangsa mendapati tiada sebarang kesan luka dan pihak hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Chandra berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).  

Advertisement