Anda di sini

Tentera AS dakwa serangan bom bunuh 11 ejen Al-Qaeda di Syria

Advertisement

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata ia telah membunuh sebelas ejen Al-Qaeda, termasuk seorang pemimpin veteran dan perintis serangan bom nekad, dalam satu sera-ngan bom di Syria.

Pentagon berkata Abu Hani al-Masri, anggota veteran Al-Qaeda, merupakan salah seorang daripada mereka yang terbunuh dalam sera-ngan udara berhampiran Idlib yang dilancarkan pada 3-4 Februari lepas.

Al-Masri merupakan seorang pegawai awal dalam Al-Qaeda, yang menyelia kem latihan kumpulan itu di Afghanistan pada zaman 1980-an dan 1990-an ketika dia bekerja dengan pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dan pemimpin semasa, Ayman al-Zawahiri.

Di sana, “dia merekrut, mengindoktrinasi, melatih dan melengkapkan ribuan pengganas yang seterusnya tersebar ke seluruh rantau berkenaan dan dunia”, Pentagon menyebut dalam satu kenyataan.

Mereka berkata dia juga membantu menubuhkan kumpulan Jihad Islam di Mesir, “kumpulan Sunnah pertama yang mengguna-kan pengebom nekad dalam serangan ganas mereka”.

Serangan ini mengganggu keupayaan Al-Qaeda untuk merancang dan mengarahkan serangan luar  yang menyasarkan kepentingan AS dan kami di seluruh dunia,” kata jurucakap Pentagon, Jeff Davis.

AS umumnya menumpukan serangannya di Syria kepada kumpulan Negara Islam. Tetapi sejak beberapa bulan yang lalu, tentera AS juga melancarkan beberapa serangan ke atas seterunya Al-Qaeda.

Wilayah Idlib  amnya dijajah oleh bekas cabang Al-Qaeda di Syria, Fateh al-Sham, yang bersekongkol dengan bebe-rapa kumpulan pemberontak Syria yang menentang kerajaan. — AFP

Advertisement