Anda di sini

Siti Elizad lancar koleksi minyak wangi bersama Fella Rosse

Advertisement
 

PELAKON yang kini popular dengan drama ‘Papa Ricky’, Siti Elizad Sharifuddin dengan kerjasama Fella Rosse Boutique & Studio telah melancarkan koleksi minyak wangi, iaitu Inspired Perfume.

Pihak kami amat yakin projek yang dilaksanakan ini akan mendapat sambutan yang amat luar biasa memandangkan permintaan pembeli terutamanya pembeli online sangat tinggi berbanding pembeli offline,” kata pengasasnya Uzafeeyea Rafella, atau Eija.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ‘Elizad Sharifuddin X Fella Rosse - Inspired Perfume’ di The Terrace, The Royale Bintang The Curve Hotel, Mutiara Damansara, di sini baru-baru ini.

Gabungan ini dapat membantu menaikkan populariti Siti Elizad dalam industri serta menambahkan lagi ukhuwah sesama umat dalam memajukan ekonomi negara dan membantu menambah pendapatan untuk kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Menurut Siti Elizad, “2017 merupakan pembukaan terbaik buat saya sebagai duta minyak wangi ini. Saya sangat cerewet tapi bila saya dapat tawaran untuk Inspired Perfume ini, saya berbesar hati sebab saya fikir orang di luar sana akan membeli minyak wangi mahal tapi ini berharga RM60 sahaja.”

10 TAHUN DI PASARAN

Fella Rosse merupakan anak syarikat Syarikat Nateeza Enterprise (Nz Roti John Putrajaya & Bekalan/Perkhidmatan) yang berada di pasaran selama 10 tahun dalam industri makanan. Syarikat turut menceburi bidang fesyen kerana permintaan yang menggalakkan.

Selari dengan visi syarikat, iaitu Trendy & Exclusive, Fella Rosse yakin dengan corak rekaan yang moden dapat memberi inspirasi kepada kaum wanita masa kini yang mementingkan penampilan anggun tetapi bergaya, kata syarikat dalam kenyataan.

Terdapat dua jenis Exclusive Edition dari Elizad iaitu Zara Edition dan Gemini Edition dan Inspired Perfume diinspirasikan dari jenama wangian antarabangsa, dengan 40 wangian dari jenama terkenal yang boleh didapati dengan harga mampu milik.

Pada majlis tersebut, Siti Elizad yang juga dikenali dengan drama ‘Teman Lelaki Upahan’ dan ‘Si Kolot Suamiku’, mendendangkan lagu dari single terbarunya berjudul ‘Haiyaya’ dengan penampilan khas oleh Ippo Hafiz yang popular dengan lagu ‘Rahsia’ (OST ‘Teman Lelaki Upahan’).

Ikuti laman sosial Fella Rosse (fellarosse) di Facebook, Instagram @fellarosse/@elizad sharifuddinxfellarossehq serta Website Fella Rose di www.fellarosse.com untuk maklumat lanjut dan senarai nama stokis. — Bernama

Advertisement