Anda di sini

SHEDA sedia bina 10,000 rumah mampu milik di Sarawak

Advertisement
 Delegasi SHEDA merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari baru-baru ini.
KUNJUNGAN HORMAT: Delegasi SHEDA merakamkan gambar kenangan semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari baru-baru ini.

KUCHING: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) bersedia untuk membina kira-kira 10,000 unit rumah mampu milik di negeri ini jika Cadangan Perumahan Mampu Milik SHEDA mendapat kelulusan daripada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

SHEDA menerusi satu kenyataan semalam, pihaknya telah mengemukakan cadangan tersebut semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, baru-baru ini.

Harga maksimum rumah ini adalah RM250,000 seunit yang berkeluasan 850 kaki persegi, mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi dan ia hanya ditawarkan kepada pembeli kali pertama dalam  tempoh lima tahun,” katanya.

Selain itu, SHEDA turut menyatakan telah mengemukakan satu lagi cadangan kepada Abang Johari iaitu Layanan Sama Rata Bagi Perumahan Mampu Milik PR1MA di negeri ini.

Sekiranya ini diberikan, ahli-ahli SHEDA akan membina 20,000 unit rumah mampu milik dan menjual pada harga maksimum RM300,000 hingga RM350,000 bagi setiap unit yang berkeluasan 900 kaki persegi, mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi,” katanya.

Kunjungan hormat SHEDA kepada Abang Johari baru-baru ini telah diketuai oleh Presidennya, Joseph Wong Kee Liong.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman.

Advertisement