Anda di sini

MP Britain sokong rang undang-undang pro Brexit

Advertisement

Beri kuasa kepada PM Theresa May memulakan rundingan meninggalkan EU menjelang hujung Mac

 Gambar pegun daripada imej disiar oleh Unit Rakaman Parlimen UK (PRU) menunjukkan MP Konservatif              Britain Jackie Doyle-Price (dua kiri) membaca keputusan undian utama ke atas Pemberitahuan EU bagi Rang Undang-undang               Pengunduran kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat di tengah London, kelmarin. — Gambar AFP
KEPUTUSAN UNDIAN: Gambar pegun daripada imej disiar oleh Unit Rakaman Parlimen UK (PRU) menunjukkan MP Konservatif Britain Jackie Doyle-Price (dua kiri) membaca keputusan undian utama ke atas Pemberitahuan EU bagi Rang Undang-undang Pengunduran kepada anggota Parlimen di Dewan Rakyat di tengah London, kelmarin. — Gambar AFP

LONDON: Kebanyakan Ahli Parlimen (MP) Britain kelmarin menyokong rang undang-undang yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri Theresa May untuk memulakan rundingan bagi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), untuk meng-ambil satu lagi langkah yang signifikan ke arah mereali-sasikan Brexit.

Ahli-ahli Dewan Rakyat mengundi 44 berbanding 122 untuk menyokong undang-undang yang membolehkan May untuk menguatkuasakan Artikel 50 dalam Perjanjian Lisbon EU, yang memulakan rundingan selama dua tahun untuk keluar dari blok 28 negara itu.

Kita telah menyaksikan undian yang bersejarah pada malam ini – majoriti besar untuk terus berunding mengenai pengunduran kita dari EU serta kerjasama baharu yang erat dengan negara-negara anggotanya,” kata menteri Brexit, David Davis.

Rang undang-undang dua fasal yang tidak dipinda itu kini dibawa ke Dewan Negara, di mana lebih banyak tentangan dijangkakan daripada ahli-ahli dewan yang tidak dipilih rakyat – dan di mana Parti Konservatif yang dianggotai May tidak ada majoriti.

Namun kelulusannya dalam Dewan Rakyat, di mana dua pertiga MP telah berkempen untuk menentang Brexit sebelum pungutan suara pada Jun tahun lepas, meletakkan May di landasan untuk memulakan proses pengunduran menjelang hujung Mac, seperti apa yang beliau janjikan.

Keputusan referendum menggegarkan seluruh Ero-pah, menakutkan pelabur dan menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan EU sendiri.

Pada minggu-minggu awal, terdapat spekulasi bahawa penggubal undang-undang yang pro Eropah mungkin akan cuba melengahkan atau malah menghentikan proses Brexit.

May pada mulanya cuba melangkaui Parlimen, yang mendorong rayuan kepada Mahkamah Agung yang pada bulan lepas memutuskan beliau mesti mendapatkan kelulusan Parlimen untuk menguatkuasakan Artikel 50.

Namun sewaktu perbaha-san selama lima hari mengenai rang undang-undang kerajaan itu, ia menjadi jelas bahawa kebanyakan MP tidak akan menghentikan proses itu – walaupun ada yang memberi amaran bahawa meninggalkan pasaran tunggal Eropah boleh meninggalkan kesan yang buruk.

Pembangkang dari Parti Buruh dan Parti Nasional Scotland (SNP) membentangkan pindaan untuk menuntut jaminan mengenai akses pasaran, hak pekerja dan hak warga EU di Britain.

Setiap pindaan ditolak, tetapi sewaktu proses tersebut, kerajaan terpaksa menjanjikan undian kepada penggubal undang-undang mengenai perjanjian muktamad Brexit sebelum ia diakhiri.

Buruh mengenakan “three-line whip”, satu langkah disiplin yang keras untuk mengarahkan MP dari parti tersebut agar tidak menentang rang undang-undang itu, dan memastikan ia akan diluluskan.

Namun kira-kira 52 MP Buruh memberontak dalam undian kelmarin, termasuk jurucakap perniagaan Clive Lewis yang meletak jawatan sejurus sebelum itu, untuk memberi masalah baharu kepada pemimpin haluan kiri Jeremy Corbyn.

Selepas dua pertiga peng-undi Buruh menyokong Brexit, kebanyakan mereka didorong oleh kebimbangan mengenai imigresen besar-besaran dari negara lain dalam EU, Corbyn memutuskan partinya tidak boleh menyekat proses itu.

Pertarungan sebenar bermula sekarang. Dalam tempoh dua tahun akan datang, Buruh akan menggunakan setiap ke-sempatan untuk memastikan Brexit melindungi pekerjaan, taraf kehidupan dan ekonomi,” tulis Corbyn dalam Twitter selepas undian.

Namun beliau pantas ditegur dalam satu jawapan oleh pemimpin SNP Nicola Sturgeon: “Bagaimana? Anda baharu sahaja memberi cek kosong kepada Tories. Anda tidak memenangi satu pun konsesi tetapi masih meng-undi rang undang-undang itu. Menyedihkan.”

Penggubal undang-undang SNP menyuarakan kekecewaan mereka sewaktu undian kelmarin dengan menyanyikan “Ode to Joy”, karya Beethoven dan lagu EU, sebelum dimarahi Timbalan Speaker Lindsay Hoyle. — AFP

Advertisement