Anda di sini

Indonesia terima permohonan maaf Australia

Advertisement

Namun penggantungan sebahagian kerjasama ketenteraan akan terus berkuat kuasa buat masa ini

JAKARTA: Indonesia berkata ia menerima permohonan maaf dari Australia selepas bahan ajaran yang Jakarta anggap menyinggung perasaan menyebabkan penggantungan sebahagian hubungan, ketika kedua-dua negara jiran itu cuba menamatkan perbalahan terbaharu di antara mereka.

Perbalahan meletus pada bulan lepas apabila angkatan tentera Indonesia meng-umumkan ia membekukan kerjasama ketenteraan dengan Australia selepas bahan tersebut dijumpai di sebuah pangkalan tentera Australia di mana tentera Indonesia berlatih.

Selepas pada mulanya meng-umumkan pembekuan sepenuhnya, Indonesia kemudian menegaskan penggantungan itu hanya sebahagian sahaja dan digunapakai kepada latihan bahasa bersama.

Bahan terbabit, yang dikesan oleh seorang pegawai Indonesia yang melawat pangkalan, mengandungi kenyataan yang dianggap menyinggung perasaan mengenai subjek termasuk pergerakan kemerdekaan wilayah Papua dan ideologi rasmi Indonesia di-kenali sebagai Pancasila.

Ia merupakan perbalahan terbaharu di antara kedua-dua negara jiran, selepas hubungan mereka diganggu oleh pertikaian sejak beberapa tahun lalu ekoran tindakan Jakarta melaksanakan hukuman mati ke atas penyeludup dadah dari Australia selain dasar keras Canberra yang mengusir balik bot pendatang ke Indonesia. 

Dalam usaha untuk menyelesaikan perbalahan itu, Ketua Angkatan Tentera Australia Angus Campbell melawat Jakarta kelmarin untuk berjumpa dengan Ketua Tentera Indonesia, Gatot Nurmantyo.

Campbell memohon maaf dan berkata Australia menggantung program pendidikan bahasa Indonesia untuk penambahbaikan, dan mene-gaskan semua kakitangan yang terbabit dalam insiden itu sudah dihukum, menurut satu kenyataan dari tentera Indonesia.

Nurmantyo menerima permohonan maaf itu dan menyatakan dalam era persaingan global, perpaduan dan persahabatan merupakan satu keperluan,” kenyata-an yang dikeluarkan lewat kelmarin menyebut selepas rundingan.

Penggantungan sebahagian ketenteraan itu akan terus berkuatkuasa buat masa sekarang. Nurmantyo akan melapor kepada Presiden Indonesia Joko Widodo tentang sama ada beliau percaya hubungan penuh harus dipulihkan atau tidak, tambah kenyataan itu.

Pada awal kelmarin, Menteri Keselamatan Indonesia Wiranto menepis perbalahan itu, dan menegaskan hubungan mereka “sangat kuat” dan memberitahu, Widodo merancang untuk melawat Australia pada hujung bulan ini.

Menteri yang mengguna-kan satu nama itu berkata “insiden kecil” tidak harus “menggoncang hubungan baik di antara kedua-dua negara”.

Ketegangan pernah berlaku di antara angkatan tentera kedua-dua negara jiran itu pada masa lalu.

Australia menggantung latihan dengan unit tentera Indonesia, Kopassus, kerana peranan unit tersebut dalam pelanggaran hak asasi manusia di Timor Leste pada 1999 ketika wilayah tersebut yang berada di bawah negara Indonesia ketika itu bersiap sedia untuk mencapai kemerdekaan, tetapi ia disambung beberapa tahun kemudian. — AFP

Advertisement