Anda di sini

Maxis rekodkan suku keempat yang kukuh

Advertisement

KUCHING: Maxis merekodkan suku keempat yang kukuh dan mengakhiri tahun dengan prestasi operasi dan kewangan yang baik, dengan tarikan yang tinggi bagi perkhidmatan data utama, walaupun dalam keadaan pasaran yang mencabar.

Menurut kenyataan akhbar Maxis semalam, pada tahun 2016 secara keseluruhan, Maxis terus meningkatkan hasil, keuntungan dan bahagian pasaran, disokong oleh purata hasil setiap pengguna (ARPU) yang lebih tinggi, penggunaan 4G dan data yang kukuh, dan rangkaian 4G LTE terkemuka dalam industri.

Keuntungan selepas cukai meningkat 14 peratus kepada RM544 juta dan juga hasil perkhidmatan meningkat 5 peratus kepada RM2,165 juta.

Manakala perolehan sebelum faedah, cukai,  susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 5.5 peratus ke RM1,183 juta menerusi penerajuan yang jelas dalam liputan rangkaian 4G LTE,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Morten Lundal.

Pihaknya juga mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 5 sen bersih sesaham.

Sebelum ini, pek Hotlink FAST yang dilancarkan pada suku kedua telah melangkaui 1.5 juta pengguna dan terus menarik pengguna Internet Mudah Alih ARPU yang tinggi.

Hasilnya, penembusan Internet Mudah Alih meningkat kepada 59 peratus (suku ketiga 2016: 55 peratus) dan ARPU prabayar yang lebih tinggi pada RM42 (suku ketiga 2016: RM41) sebulan.

Menerusinya dalam tempoh 12 bulan lalu, langganan asas MaxisONE telah meningkat dua kali ganda kepada 1.7 juta dengan purata bulanan ARPU sebanyak RM138, jauh lebih tinggi daripada purata ARPU pascabayar sebanyak RM102 sebulan pada tahun lalu.

MaxisONE Share terus menjadi pemangkin yang kukuh dalam memacu port-in tambahan dengan lebih daripada satu pertiga daripada pelanggan MaxisONE mempunyai akaun berkongsi (share line).

Penggunaan data terus meningkat serta purata penggunaan setiap nombor satu dalam rangkaian 4G LTE, meliputi 88 peratus daripada penduduk, paling luas di negara ini.

Tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar, tetapi baik bagi Maxis. Walaupun kami menghadapi persaingan harga yang sengit dalam pasaran, kami merekodkan prestasi yang kukuh dengan memberi pelanggan kami tawaran nilai yang unik dan menarik.

Para pelanggan kami kini menikmati kombinasi data tambahan pada harga yang berpatutan, melalui rangkaian yang terbaik dan kami amat bangga kerana telah merekodkan kepuasan pelanggan yang paling tinggi pernah dicatatkan.

Secara keseluruhannya, 2016 merupakan tahun di mana kami mencapai prestasi yang baik dengan momentum yang kukuh menuju ke 2017.

Bagi tahun penuh 2016, kami telah melabur sebanyak RM1.2 bilion dalam perbelanjaan modal terutamanya untuk meningkatkan liputan dan kapasiti, khususnya bagi rangkaian 4G kami untuk menyampaikan pengalaman rangkaian yang terbaik,” tambahnya lagi.

Untuk menyaksikan video mengenai keputusan kewangan tahun penuh 2016 Maxis, sila klik di sini: https://youtu.be/yQbqgvrRuSA .

  • oleh
  • Advertisement