Anda di sini

Luahan jiwa Aweera dalam single terbaru ‘Wanita Cinta Teragung’

Advertisement
__alt__

AWEERA, penyanyi rock tanahair yang tengah meningkat naik memilih ‘Wanita Cinta Teragung’ sebagai judul untuk single terbaharunya.

Aweera baru sahaja menamatkan persaingannya dalam pertandingan rancangan realiti TV terbitan Astro Duo Star yang menyaksikan Syamel dan Ernie Zakri dinobatkan sebagai Juara.

Dalam pertandingan itu, Aweera bergandingan dengan Asfan.

Sedikit berbeza dengan pertandingan nyanyian yang pernah diterbitkan sebelum ini, format Duo Star membawa kelainan yang tersendiri apabila buat julung kalinya menyaksikan pertembungan sengit barisan penyanyi profesional tanah air yang berpadu suara untuk mencari rentak serasi sebagai pasangan bintang duet bagi membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Selepas Duo Star, Aweera yang juga bekas vokalis kumpulan Mojo yang pernah popular dengan lagu ‘Andai Ku Bercinta Lagi’ dan ‘Romancinta’ itu mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri sepenuhnya dan diterbit-kan oleh Taja kumpulan Meet Uncle Hussein berjudul ‘Wanita Cinta Teragung’.

Lagu ‘Wanita Cinta Teragung’ merupakan single kedua Aweera setelah beliau bergerak secara solo sebagai seorang penyanyi.

Single pertamanya yang berjudul ‘Terhakis’ juga diterbitkan di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia.

Lagu ini menceritakan tentang hati seorang lelaki yang mempunyai perasaan yang mendalam terhadap kekasihnya di samping memohon kepada-NYA agar perhubungan ini dijaga sehingga ke akhir hayat.

Single ini merupakan luahan jiwa saya yang sebenar kerana pengertiannya yang sangat dalam. Ia menceritakan apa yang saya rasa terhadap wanita yang saya cintai dan sanjungi. Biarlah maksudnya hanya saya sahaja yang ketahuinya dan tidak ditujukan pada mana-mana wanita,” ujar Aweera.

Menerusi lirik dan melodi rock yang ditampilkan, pihak Sony Music Entertainment Malaysia yakin bahawa single ini dapat mengubati hati peminat Aweera yang lama dambakan lagu terbaru darinya.

Menurut Taja pula, dia sangat berpuas hati dengan pembikinan single terbaru ini.

Saya sangat senang bekerja dengan Aweera kerana kami telah lama berkawan. Saya faham apa yang Aweera mahu dan mudah bagi kami untuk menghasilkan single ini,” katanya.

Wanita Cinta Teragung’ boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

__alt__
Advertisement