Anda di sini

Ibu tunggal dipenjara atau denda atas dakwaan dadah

Advertisement

MIRI: Gara-gara menggunakan dadah jenis Methamphetamine, seorang ibu tunggal didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam.

Tang Ee Pei, 26, dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun serta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun mengikut Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasar pertuduhan kes, tertuduh didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.20 pagi, 15 November 2016 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan dia merupakan ibu tunggal dan mempunyai  tiga orang anak dalam tanggungan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement