Anda di sini

Kereta kuda emas Thailand diperbaharui

Advertisement
 Para pegawai dari Bahagian Sains Pemuliharaan Jabatan Seni Halus Muzium Negara Thailand membaik pulih kereta kuda diraja menjelang pemakaman Bhumibol lewat tahun ini di Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters
‘NAIK KE SYURGA’: Para pegawai dari Bahagian Sains Pemuliharaan Jabatan Seni Halus Muzium Negara Thailand membaik pulih kereta kuda diraja menjelang pemakaman Bhumibol lewat tahun ini di Bangkok, kelmarin. — Gambar Reuters

BANGKOK: Seinci demi seinci, kereta kuda beroda dua yang membawa mendiang raja Thailand untuk perjalanan terakhirnya telah dipasang semula oleh para pekerja di Bangkok dalam tugasan yang akan mengambil masa beberapa bulan.

Diperbuat daripada kayu serta dihiasi dengan emas dan cermin, kereta kuda beroda dua seberat 13.7 tan itu sepanjang 18 meter, setinggi 11.2 meter dan selebar 4.8 meter.

Ditarik 216 lelaki, ia akan membawa bekas berhias mengandungi mayat Raja Bhumibol Adulyadej ke kawasan pembakaran di kawasan Sanam Luang di luar Istana Diraja.

Raja yang mangkat pada 13 Oktober selepas tujuh tahun memerintah, menjerumuskan Thailand ke dalam keadaan berkabung, yang mana bagi ramai rakyat Thai akan berlangsung selama setahun.

Tiada tarikh telah ditetapkan bagi pembakaran, namun ia tidak akan dilakukan sebelum Oktober.

Dikenali sebagai Kereta Kuda ‘Kejayaan Besar’, kenderaan itu dipercayai membawa ketuhanan kembali ke syurga.

Pembaharuannya mula dilakukan pada Januari dan dijangka selesai pada September.

Kereta kuda itu dibina pada 1795 semasa pemerintahan Raja Rama I untuk pembakaran ayahandanya.

Raja Bhumibol adalah Rama IX dalam dinasti Chakri, digantikan puteranya Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, yang dikenali sebagai Rama X.

Kereta kuda itu sudah digunakan sebanyak 25 kali, paling terbaharu pada 2012 untuk pembakaran Puteri Bejaratana Rajasuda, sepupu mendiang raja. — Reuters

Advertisement