Anda di sini

Tiga korban kebakaran kelab sauna di Jerman

Advertisement

BERLIN: Satu kebakaran yang memusnahkan sebuah kelab sauna di Berlin yang popular kalangan lelaki homoseks, menyebabkan tiga orang maut dan seorang lagi cedera, menurut perkhidmatan kecemasan semalam.

Kebakaran tercetus lewat kelmarin dalam lorong sempit berselirat meliputi bilik-bilik peribadi kecil, sekali gus merumitkan pencarian bagi mangsa, menurut briged bomba dan penyelamat.

Beberapa pintu terpaksa dirempuh hingga terbuka untuk memeriksa sama ada sesiapa telah jatuh pengsan ketika asal tebal dan api merebak di seluruh tempat kejadian yang menempati tingkat bawah dan bilik bawah tanah sebuah bangunan pencakar langit.

Tempat kejadian juga bersebelahan rumah penja-gaan untuk warga emas.

“Kami terpaksa bekerja keras memecah masuk setiap bilik yang ada untuk memeriksa mangsa,” kata jurucakap briged bomba dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kira-kira 80 pekerja telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Seorang lelaki yang lemas akibat terhidu asap telah dikeluarkan dari tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital.

Kelab Steam Works di daerah tengah Schoeneberg meliputi bilik sauna dan bilik biasa, selain 60 bilik kecil, setiap satunya mengandungi sebuah katil.

Kelab tersebut popular sebagai tempat pertemuan lelaki homoseks di Berlin.

Apabila anggota bomba tiba, kira-kira 25 tetamu kelab yang berjaya menyelamatkan diri berhimpun di jalan raya, ada di antaranya cuma bertuala, dan mengarahkan pekerja kecemasan ke lokasi yang mungkin mengandungi mangsa. — AFP

Advertisement