
BEIJING: Sekurang-kurangnya 18 orang telah terkorban dan seramai 18 orang lagi tercedera dalam satu kebakaran di sebuah pusat urutan kaki di China, menurut media negara dan polis.
Kebakaran berlaku pada sekitar jam 5:26 petang waktu tempatan kelmarin do wilayah timur Zhejiang, lapor agensi berita rasmi Xinhua. Ia telah dipadamkan dalam masa kurang dari dua jam.
Lapan orang terbunuh dalam kebakaran, sementara seramai 10 orang lagi meninggal dunia dalam hospital, menurut kepada Xinhua.
Video telah dihantar dalam laman sesawang media sosial China Weibo menunjukkan kepulan asap tebal yang muncul dari pusat urutan dan orang melompat keluar dari cermin tingkap tingkat dua di bangunan enam tingkat tersebut.
Punca kebakaran tidak diketahui dan sedang disiasat, menurut Xinhua. — AFP