Anda di sini

PPS turun padang eratkan hubungan polis dan sekolah

Advertisement
__alt__

DI bawah program Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Ketua Polis Daerah Miri (KPD) ACP Khoo Leng Huat, mendekatkan lagi hubungan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan sekolahsekolah di bahagian ini.

 Di bawah PPS di Miri, ACP Khoo bersama pegawai dan anggotanya turun padang melawat ke sekolah-sekolah di mana PPS mereka telah ditempatkan, sebaik sesi persekolahan bermula awal tahun ini tadi.

 Di bawah program PPS ini, sebanyak 15 orang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) dan 21 orang pegawai berpangkat Inspektor terlibat sama.

 Mereka turut dibantu dan dikukuhkan lagi dengan penyertaan seramai 105 pegawai berpangkat Sub Inspektor (SI), Sarjan Mejar (SM), Sarjan, Koperal (KPL) dan Lans Koperal (LKPL).

 Program ini menyaksikan PPS ditempatkan di 21 buah sekolah menengah dan 76 buah sekolah rendah di sekitar bandar raya ini termasuk kawasan pinggir bandar, Sibuti, jelas Khoo lagi.

 Sepanjang bulan Januari ini tadi, Khoo dan pasukannya telah melawat ke Sekolah Menengah (SM) Riam Road, SM Sains Miri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri, SMK Baru Miri, SMK St Columba, SM Sains Miri, SMK Agama Miri, SMK Luar Bandar, Bekenu dan bakal mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah yang lain selepas ini.

  • oleh
  • Advertisement