Anda di sini

Palestin dan Yahudi kecam Netanyahu

Advertisement
 Ketua blok Arab dalam Parlimen Ayman Odeh (empat kanan) menyertai demonstrasi bersama mengecam polisi Netanyahu di Tel Aviv, kelmarin. — Gambar AFP
BERSATU: Ketua blok Arab dalam Parlimen Ayman Odeh (empat kanan) menyertai demonstrasi bersama mengecam polisi Netanyahu di Tel Aviv, kelmarin. — Gambar AFP

Para penduduk dalam wilayah terjajah rejim tolak polisi roboh rumah tanpa permit

TEL AVIV: Penduduk Yahudi dan Palestin di wilayah terjajah berarak sambil berpegangan tangan di tengah Tel Aviv malam kelmarin, menyeru rejim Israel agar berhenti memusnahkan rumah penduduk Palestin yang dibina tanpa permit yang amat sukar diperolehi.

 Seorang wartawan AFP menyatakan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan telah mengambil bahagian, ramai membawa kain rentang dalam bahasa Ibrani dan Arab berbunyi ‘Rakyat Yahudi dan Arab bersama’.

 Mengetuai perarakan ialah anggota perundangan pembangkang parti sayap kiri Meretz dan Joint List, pakatan parti Arab.

 Penduduk Palestin menyatakan rejim sayap kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memusnahkan bangunan tidak berlesen milik mereka dengan matlamat meredakan kemarahan para peneroka haram Yahudi susulan arahan pemusnahan petempatan haram Amona di kawasan terjajah Tebing Barat.

 Ketegangan bermula bulan lepas ketika polis rejim mengepung perkampungan Palestin Umm al-Heiran di selatan bagi mengawasi tindakan pemusnahan, dan seorang anggota polis serta penyerangnya dikatakan penduduk Palestin terkorban dalam perbalahan ini.

 Pihak polis menyatakan penduduk kampung Yacoub Abu al-Qiyan, 50, ditembak mati selepas melanggar anggot a pol i s denga n kenderaannya, membunuh salah seorang daripada mereka.

 Mereka menyatakan dia aktif dalam Pergerakan Islam Israel dan mungkin dipengaruhi kumpulan Islamic State (IS), satu dakwaan yang dinafikan sepenuhnya penduduk lain yang menggelarkannya sebagai seorang guru yang disegani.

 “Anggota kerajaan kami bangga untuk membentuk fakta alternatif,” Ali Parlimen Meretz Michal Roz i n memberitahu para penunjuk perasaan kelmarin.

 “Mereka melakukannya bukan atas sikap tidak peduli,” tambah beliau.

 “Mereka sedang membentuk satu naratif ketakutan, rasisme dan kebencian kepada pihak lain dalam bentuk jahat dan disengajakan yang akan menjadi penamat politik mereka.

” Dalam ucapan video Disember lepas, Netanyahu mengaitkan arahan untuk memansuhkan Amona dengan serangan baharu terhadap bangunan Palestin yang tidak dibenarkan Israel.

 “Undang-undang haruslah adil dan saksama; undang-undang yang sama yang membenarkan Amona dikosongkan turut membenarkan memusnahkan bangunan haram di bahagian lain di ‘negara’ kita,” kata beliau.

 “Dengan itu saya memberi arahan untuk mempercepat pemusnahan pembinaan haram dalam semua bahagian di ‘negara’ ini dan kami harus melakukannya dalam beberapa hari akan datang.

” Peneroka haram dari Amona dan penyokong mereka dihalau dari kawasan atas bukit Tebing Barat itu Khamis lepas, tetapi rumah mereka belum dirobohkan.

 Penduduk Palestin dalam kawasan terjajah digelar sebagai ‘penduduk Arab- Israel) di mana mereka tidak melarikan diri semasa rejim mulai menjajah kawasan mereka pada 1948.

 Mereka kini meliputi kira-kira 17.5 peratus daripada populasi rejim yang secara sistematiknya mendiskriinasikan mereka.

 Mereka menyataan rejim sama s e k a l i menyulitkan mereka untuk memperluaskan komuniti mereka, mengakibatkan mereka bertindak membina rumah tanpa permit sekali gus menjadi alasan mudah rejim untuk merobohkannya tanpa sebarang notis sedangkan rumah itu didirikan atas tanah mereka sendiri. — AFP

Advertisement