Anda di sini

Darkhorse terus gigih berkarya, lagu tular di laman Facebook

Advertisement
 (Fendi) kiri), Rina dan Shah (kanan) tiga adik beradik yang mengegarkan industri muzik tempatan.
BERBAKAT: (Fendi) kiri), Rina dan Shah (kanan) tiga adik beradik yang mengegarkan industri muzik tempatan.

Assalamualaikum... Terimalah dedikasi kami untuk Tok Nan..

 Bukan meratapi, hanya sekadar sebuah penghargaan Semoga “empayar” yang dibina terus megah di masa hadapan In Shaa Allah.

 ITULAH bait kata dari lagu tribute yang dihasilkan oleh Kumpulan Darkhorse, untuk tokoh pemimpin Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

 Lagu yang bertajuk ‘Empayar Tok Nan’ ciptaan dan susunan muzik Shah Darkhorse telah tular di laman sosial Facebook, mempunyai capaian melebihi 144,000 orang dan tontonan melebihi 27,000 orang.

 Terbaharu kumpulan ini turut menghasilkan lagu ‘Mari Ke Limbang’ yang mencecah lebih 40 ribu tontonan dalam laman facebook.

 Lagu yang dihasilkan untuk mempromosikan tempat kelahiran Darkhorse iaitu Daerah Limbang, mampu mempopularkan serta memberi informasi kepada orang ramai mengenai budaya dan tempat menarik yang terdapat di daerah ini.

 Penghasilan lagu-lagu berkenaan berjaya mempopularkan Kumpulan Darkhorse sebagai kumpulan muzik yang berbakat besar dan mencipta nama dalam industri muzik tempatan sejak 2007.

 Kumpulan muzik berasal dari Limbang ini tidak pernah jemu menghasilkan karyakarya muzik dengan harapan karya mereka terus memberi sokongan daripada pemuzik tempatan agar mampu seiring dengan penggiat seni tersohor di dalam mahupun di luar negara.

 Mengulas latar belakang penubuhan, vokalis kumpulan berkenaan Hisham berkata Kumpulan Darkhorse pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2007 yang di anggotai oleh Duan (gitaris utama), Zul (gitaris kedua), Shah (pemain drum), Bum (pemain bass) dan Aney (vokalis) pada masa itu.

 “Kumpulan ini telah mula menyertai beberapa pertandingan seperti Rentak Gempar 2007 di Esplanade Limbang dan seterusnya menyertai Uji bakat Rentak Juara RTM yang diadakan di RTM Miri ketika itu,” katanya.

 Pada tahun 2009, rombakan semula ahli kumpulan Darkhorse dibuat atas sebab komitmen masing-masing.

 Katanya ahli Darkhorse yang baharu terdiri daripada adik beradik iaitu Shah (gitaris utama), Fendy (pemain bass), Rina (pemain drum) dan Ahmad (vokalis) yang juga saudara terdekat kumpulan adik-beradik ini.

 “Dengan ahli baru ini, Darkhorse telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ROCK!The Battle Limbang 2011 yang di anjurkan oleh RTM.

 “Gitaris utama kumpulan ini iaitu Shah turut memenangi hadiah Gitaris Terbaik pada pertandingan tersebut,” jelasnya lagi.

 Sejak itu Hisham berkata Darkhorse terus aktif membuat persembahan termasuk di ekspo dan beberapa tempat lain.

 Pada tahun 2016, beliau kemudiannya menyertai kumpulan Darkhorse sebagai vokalis dan pemuzik untuk kumpulan ini masih kekal.

 Hisham yang aktif dalam bidang nyanyian sering dijemput membuat persembahan di dalam dan di luar Limbang.

 Lontaran vokal yang lantang dan sentiasa komitmen semasa latihan, persembahan dan pertandingan membuatkan dia diterima baik oleh kumpulan ini.

 Pada Mac 2016, Darkhorse sekali lagi memenangi tempat ketiga dan persembahan terbaik untuk pertandingan Juara Buskers anjuran RTM.

 “Pada September 2016, Darkhorse menjadijuara Battle of The Band sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 Peringkat Bahagian Limbang yang diadakan di Lawas,” ujarnya lagi.

 Beliau memberitahu selain dari membuat persembahan dan menyertai pertandingan, kumpulan Darkhorse juga aktif dalam mencipta lagu iaitu Shah yang banyak mencipta beberapa buah lagu seperti ‘Medan Cinta’, dan ‘Sofia’.

 “Shah mengambil inisitatif sendiri dengan membina sebuah studio rakaman di rumahnya yang terletak di Kampung Patiambun membolehkan beliau menghasilkan karya-karya pelbagai genre muzik,” kata beliau lagi.

 Orang ramai dan peminat kumpulan ini boleh mengikuti perjalanan Darkhorse di laman sosial Facebook di laman carian ‘Darkhorse (Malaysia)’ untuk perkembangan terkini.

  • oleh
  • Advertisement