Anda di sini

Permintaan tinggi terhadap pengurusan kesihatan: Kadim

Advertisement
 Kadim (tengah) ditemani Anthony (empat kiri) dan Linda (empat kanan) serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama Graduan Program Sijil Pengurusan Kemudahan Penjagaan Kesihatan.
GRADUAN PERTAMA: Kadim (tengah) ditemani Anthony (empat kiri) dan Linda (empat kanan) serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama Graduan Program Sijil Pengurusan Kemudahan Penjagaan Kesihatan.

Program julung kali diadakan berjaya lahir 28 graduan pertama

KUCHING: Seramai 28 pekerja One Medicare Sdn Bhd berjaya menamatkan kursus Program Si j i l Pengurusan Kemudahan Penjagaan Kesihatan semalam.

 Majlis konvokesyen pertama bagi program itu semalam disempurnakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dato Dr Mohamad Kadim Suaidi.

 Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah One Medicare Sdn Bhd Dato Anthony@ Firdauz Bujang dan Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Ir Dr Siti Noor Linda Taib.

 Kadim dalam ucapannya berkata, program julung kali diadakan itu berjaya melahirkan 28 graduan pertama dalam kursus tersebut.

 “Permintaan tinggi terhadap kualiti perkhidmatan dalam pengurusan penjagaan kesihatan menjadi keutamaan di Malaysia.

 “Program ini bermula Ogos tahun lalu.

 Selepas kejayaan kerjasama UNIMAS dengan One Medicare Sdn Bhd, kita juga telah menjalinkan kerjasama dengan UMS Investment Holdings Sdn Bhd dan Sedafiat Sdn Bhd untuk lanjutan program di Sabah,” katanya.

 Pada masa sama beliau menjelaskan UNIMAS menawar sijil program itu sebagai strategi memenuhi keperluan aspirasi kerajaan untuk menjadi negara yang menyediakan penjagaan kesihatan terbaik di dunia.

 Selain itu, beliau memberitahu dengan langkah tersebut juga dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan berasaskan penjagaan kesihatan di Asia Tenggara.

 One Medicare Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan sokongan perkhidmatan di 23 hospital di Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement