Anda di sini

Pasukan ‘Debak Harmoni’ muncul juara Bola Sepak Sehati Sejiwa Edisi ke-3

Advertisement
 Pasukan ‘Debak Harmoni’ yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Sehati Sejiwa Edisi ke-3 Tertutup Debak 2017 di Padang KEMAS, Debak, Betong, baru-baru ini.
KAMI JUARA: Pasukan ‘Debak Harmoni’ yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Sehati Sejiwa Edisi ke-3 Tertutup Debak 2017 di Padang KEMAS, Debak, Betong, baru-baru ini.
 Piee (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua Pasukan ‘Debak Harmoni’.
TAHNIAH: Piee (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua Pasukan ‘Debak Harmoni’.

PASUKAN ‘Debak Harmoni’ muncul juara Pertandingan Bola Sepak Sehati Sejiwa Edisi ke-3 Tertutup Debak 2017 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Debak, Betong dan Kelab Sukan dan Rekreasi Laser Light (KSRLL) Debak bertempat di Padang KEMAS, Debak dekat Betong, baru-baru ini.

 Naib juara dan tempat ketiga pula disandang oleh Pasukan ‘Debak Bersatu’ dan ‘Debak Cemerlang’ manakala tempat keempat disandang oleh Pasukan ‘Debak Sepakat’.

 Menerusi kemenangan ini, juara dan naib juara membawa pulang hadiah wang tunai, medal dan plak manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan plak.

 Terdahulu, majlis penyampaian hadiah pertandingan ini telah disempurnakan oleh Temenggung Piee Alwi yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohamad Razi Sitam.

 Dalam pada itu, sebanyak lapan buah pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan yang berlangsung selama dua hari.

  • oleh
  • Advertisement