Anda di sini

Lelaki berparang serang askar di Paris

Advertisement
 Suasana di sekitar Piramid Louvre di pekarangan Muzium Louvre yang tersohor di Paris, kelmarin. — Gambar AFP
SERANGAN TERBAHARU: Suasana di sekitar Piramid Louvre di pekarangan Muzium Louvre yang tersohor di Paris, kelmarin. — Gambar AFP

Muzium Louvre dibuka semula selepas kejadian yang mencetuskan suasana panik

 PARIS: Pihak penyiasat Perancis percaya bahawa lelaki yang telah melancarkan satu serangan dengan parang di luar Louvre di Paris, sebelum cedera ditembak seorang anggota tentera, merupakan seorang rakyat Mesir berusia 29 tahun yang telah memasuki negara dengan visa pelancong.

 Penyerang tersebut, yang memakai baju-T hitam dengan lambang tengkorak dan bersenjatakan dua bilah parang sepanjang 16 inci, menyerbu ke arah empat anggota tentera Perancis yang meronda sambil menjerit ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar), pendakwa raya Paris Francois Molins memberitahu sidang media.

 Salah seorang anggota tentera ditetak di kepala dan seorang lagi terjatuh di luar muzium Paris yang terkenal itu selepas penyerang menyerang.

 Anggota tentera kedua melepaskan tembakan yang mengenai penyerang di bahagian perutnya.

 “Penyerang terjatuh dan mengalami kecederaan serius.

 “Dia telah dibawa ke hospital dan dalam keadaan tenat,” menurut pihak pendakwa raya.

 Seorang sumber kemudian menyatakan keadaan suspek telah stabil.

 Pasukan keselamatan menyatakan seorang anggota tentera cedera ringan di kepala.

 Pihak polis telah menempatkan ratusan pelancong di kawasan yang selamat di kawasan tarikan terkenal di dunia selepas penyerang melepaskan tembakan sebanyak lima kali sekitar jam 10 pagi waktu tempatan di sebuah tempat awam berhampiran dengan salah satu pintu masuk ke muzium.

 Penyerang yang dikatakan telah menetap di Emiriah Arab Bersatu, dipercayai sebagai memasuki Perancis secara sah melalui penerbangan dari Dubai pada 26 Januari, menurut sumber.

 Sekeping pasport Mesir, dikatakan milik suspek, ditemui semasa operasi menggel edah sebuah pangsapuri di daerah mewah Paris berhampiran Champs- Elysees.

 Penyiasatsedangmemeriksa akaun milik seorang lelaki Mesir bernama Abdallah El Hamahmy selepas kira-kira 12 mesej ddalam bahasa Arab dihantar antara jam 9.27 pagi dan 9.34 pagi waktu tempatan, beberapa minit sebelum serangan.

 “Dengan nama Allah, buat saudara kami di Syria dan para pejuang di seluruh dunia,” tulis El Hamahmy, sebelum membuat rujukan dengan kumpulan Islamic State (IS) dalam satu lagi kenyataan Twitter beberapa minit kemudian.

 Ketika pihak berkuasa Perancis menyiasat latar belakang penyerang, Presiden Francois Hollande menyatakan bahawa jelas sekali serangan tersebut adalah serangan terorisme, satu penilaian yang turut disuarakan Perdana Menteri Bernard Cazeneuve.

 Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan dalam Twitter bahawa seorang ‘pengganas Islam radikal baharu sahaja menyerang Muzium Louvre di Paris’.

 “Para pelawat telah dikurung, Perancis berada dalam kemelut sekali lagi.

 Jadi bijak AS.

” Beberapa saksi menyatakan orang ramai yang panik melarikan diri dari kompleks Louvre selepas insiden tersebut.

 “Kami mendengar bunyi tembakan.

 Kami tidak mengetahui apa yang telah berlaku.

 “Kemudian kami mengarahkan pekerja keluar lalu pergi dari situ,” kata seorang lelaki yang bekerja di restoran berhampiran.

 Louvre ditutup selepas serangan namun dibuka semula kira-kira 24 jam kemudian.

 Louvre, bekas istana di tengah bandar raya tersebut, telah melihat jumlah pelawat tahunan menurun kira-kira dua juta orang sejak 2015 kepada 7.

3 juta orang selepas beberapa serangan terbaharu di sekitar Perancis yang menjejaskan apa yang diakui sebagai muzium yang paling kerap dikunjungi di dunia.

 Kawalan keselamatan menjadi tema kempen utama sebelum pilihan raya presiden pada April dan Mei depan, yang diikuti dengan pilihan raya Parlimen pada Jun.

 Francois Fillon, yang mana kata-kata tegasnya mengenai migrasi dan Islam telah menjadikannya calon kegemaran awal, dimalukan dalam skandal perbelanjaan Parlimen yang menjejaskannya sejak beberapa hari ini.

 Pemimpin haluan kanan antimigrasi Marine Le Pen mengharapkan peningkatan daripada kejadian tersebut dan kemenangan Trump, sementara calon bebas haluan tengah Emmanuel Macron, 39, turut dilihat meningkat dalam tinjauan.

 Insiden kelmarin berlaku ketika Paris menghantar dosir bidaannya untuk menjadi tuan rumah Olimpik Musim Panas 2024.  — AFP

Advertisement