Anda di sini

Danial Lawak Solo kini penyampai ERA fm segmen #ERASolo

Advertisement
 Daniel semasa bersama dengan rakan  nalis Lawak Solo yang lain.
DARI PENTAS LAWAK KE KONTI RADIO: Daniel semasa bersama dengan rakan nalis Lawak Solo yang lain.

BERMULA 2 Feb 2017 yang lepas, juara program realiti komedi, Lawak Solo iaitu Danial secara rasmi memulakan tugasnya sebagai penyampai radio ERA fm dan mengendalikan segmen #ERASolo setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

 Program realiti komedi Lawak Solo yang pernah disertai Danial merupakan sebuah program yang mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun ‘stand-up comedy’ yang sememangnya mendapat perhatian para peminat komedi di Malaysia.

 Danial, berasal dari Bayan Baru Pulau Pinang berumur 24 tahun mempunyai minat yang mendalam bidang seni.

 Beliau pernah menyertai beberapa ujibakat program realiti yang dikendalikan oleh Astro.

 Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pengarah muzik video.

 Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan celoteh Danial mengendalikan segmen baharunya di ERA fm! Dengarkan setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 1 tengahari bersama Danial di segmen #ERASolo.

 Ikuti segala ceritacerita menarik mengenai penyampai ERA fm, kandungan terkini ERA fm dan macam macam lagi di laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram dan Twitter).

 Anda juga boleh layari www.era. fm untuk kandungan terkini yang disajikan oleh ERA fm.

Advertisement