Anda di sini

Pendakwa raya serbu Rumah Biru

Advertisement
 Anggota media mengerumuni pendakwa raya (tengah) yang cuba memasuki Rumah Biru di Seoul semalam. — Gambar AFP
SERBU: Anggota media mengerumuni pendakwa raya (tengah) yang cuba memasuki Rumah Biru di Seoul semalam. — Gambar AFP

SEOUL: Pendakwa raya Korea Selatan sedang menyiasat skandal rasuah besar-besaran melibatkan Presiden Park Geun-Hye yang didakwa telah cuba menyerbu Rumah Biru presiden semalam, menimbulkan ketegangan dengan pengawal keselamatan.

Ia adalah kali pertama penyiasat cuba memeriksa kompleks keselamatan utama tersebut untuk mendapatkan bukti sejak Park didakwa oleh Parlimen pada Disember berhubung dengan skandal menjaja pengaruh dan salah guna kuasa.

Sekumpulan pendakwa raya yang memiliki sekeping waran geledah dari mahkamah dan pembantu mereka telah segera dihalang oleh para pengawal keselamatan ketika mereka cuba memasuki premis berkenaan.

Mereka tidak mempunyai cara sah bagi menguatkuasakan tindakan menggeledah Rumah Biru kecuali dibenarkan oleh presiden, kerana kompleks tersebut dianggap sebagai sebuah zon utama keselamatan ketenteraan, menurut agensi berita Yonhap di Korea Selatan.

Seorang jurucakap presiden menyatakan Rumah Biru menentang sepenuhnya tindakan penggeledahan namun sanggup untuk mengemuka-kan dokumen-dokumen dan bahan-bahan lain yang pendakwa raya ingin lihat.

Rundingan diteruskan selama beberapa jam selepas pasukan pendakwaan tiba.

Park telah dituduh bersubahat dengan seorang teman baiknya, Choi Soon-Sil, untuk memeras sumbangan besar bernilai puluhan juta dolar daripada beberapa buah firma besar kepada yayasan mencurigakan dikawal oleh Choi.

Presiden turut dituduh menggunakan pengaruhnya bagi memastikan penggabu-ngan dua unit Samsung pada 2015 bagi membantu meng-uruskan pemindahan kuasa bapa kepada anak lelaki bagi keluarga pengasas Samsung, dikatakan sebagai balasan untuk rasuah yang diberikan kepada Choi.

Tindakan pendakwa raya muncul ketika pendakwa raya merancang untuk menyoal siasat Park secara bersemuka pada minggu depan.

Mahkamah Perlembagaan mempunyai masa sehingga Jun bagi memutuskan sama ada untuk meluluskan pendakwaan, di mana sekira-nya diluluskan pilihan raya terbaharu harus dilakukan dalam masa 60 hari, atau mengembalikan jawatan beliau. — AFP

Advertisement