Anda di sini

Majlis TBC antara usaha polis eratkan hubungan dengan masyarakat

Advertisement
 Sebahagian daripada tetamu kehormat yang hadir pada majlis Tahun Baharu Cina peringkat IPD Kota Samarahan.
CERIA: Sebahagian daripada tetamu kehormat yang hadir pada majlis Tahun Baharu Cina peringkat IPD Kota Samarahan.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina (TBC) peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan meriah dengan pelbagai hiburan dan acara menarik diadakan pada 24 Januari lalu.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan dihadiri Menteri Muda Perumahan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan sebagai antara usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan berkolobrasi dengan agensi karajaan serta masyarakat setempat.

Selain itu, Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern dalam ucapannya juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan di jalan raya dan memastikan rumah dalam keadaan berkunci jika hendak ditinggalkan.

“Lapor ke balai polis berhampiran jika hendak pergi bercuti agar anggota kita dapat melakukan rondaan lebih kerap di kawasan kediaman anda dan komuniti tempatan juga diharapkan dapat menjadi mata dan telinga polis,” katanya.

IPD Kota Samarahan pada tahun 2016 berjaya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 19 kes atau 5.92 peratus berbanding tahun 2015.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Dato Sri Mohamad Ali Mahmud dan ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang.

  • oleh
  • Advertisement