Anda di sini

Gaduh dan keluarkan kata-kata kesat, pengawal keselamatan didenda

Advertisement

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang bergaduh di tempat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang penolong pengurus syarikat perabot didenda RM600 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah membuat keputusan itu selepas tertuduh Herman Shamsuddin, 36, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu.

Dia didenda RM500 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan bergaduh dan denda RM100 atau penjara sebulan bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat itu dihadapan pondok pengawal keselamatan kondominium Flora Damansara, di sini, pada 8.10 pagi, 31 Jan lepas.

Bagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Kevin Lam Chin Wai, 31, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 manakala pertuduhan bergaduh denganindividu sama mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkanhukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat manakala Herman diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh yang merupakan pengawal keselamatan di kondominium tersebut telah didatangi Lam yang memarahinya danmengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak puas hati keretanya telah dikunci olehrakan sekerja tertuduh pada malam sebelumnya.

Lam kemudian telah menolak dada dan menendang bahagian paha kiri tertuduh yang menyebabkan dia terjatuh dan ditumbuk sekali di bahagian pipi kiri ketika dia cuba bangun.

Tertuduhkemudian membalas serangan dengan cara menumbuk kembali mulut lelaki itu sebelum didatangi pengawal keselamatan lain yang meleraikan pergaduhan itu.

Di mahkamah sama, Lam yang turut didakwa bagi kedua-duapertuduhan yang sama mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamahmembenarkan dia diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan RM3,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan bergaduh di tempat awam.

Mahkamah menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula kes Lam yang diwakili peguam Nordiana Mohmd. — Bernama

Advertisement