Anda di sini

Pelbagai pihak hulur sumbangan kepada keluarga mangsa pembunuhan

Advertisement
 Antara Gabungan Kelab Berbasikal sekitar bandar raya Kuching yang menjayakan Kayuhan Amal Kemanusiaan Bantuan Kebakaran.
IKUT SERTA: Antara Gabungan Kelab Berbasikal sekitar bandar raya Kuching yang menjayakan Kayuhan Amal Kemanusiaan Bantuan Kebakaran.

JAWATANKUASA Surau Annur dengan kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Taman Palma, Matang baru-baru ini menganjur majlis kutipan derma ‘Reach Out..Give A Little..Bring Change’.

Ia bertujuan untuk membantu keluarga mangsa pembunuhan tragik yang berlaku sekitar penghujung bulan lepas, Fatimah Abdullah dan Sofia Hassan di Kampung Tumu, berdekatan dengan Taman Palma.

Turut menyertai majlis tersebut ialah Gabungan Kelab Berbasikal sekitar bandar raya Kuching yang turut mengadakan ‘Kayuhan Amal Kemanusiaan Bantuan Kebakaran’ serta pasukan Bomba Komuniti.

Antara kelab yang turut serta ialah GCN, Corbuiser, Prestanda, Viking, Taman Sukma Cycling Team (TSCT), Sarawak Tiin Association (SATINA), Matang Jaya Cycling Club (MJCC), Saxon serta Kelab Kembara Petra Jaya.

Hadir sama menyempurnakan penyampaian sumbangan ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Fazzrudin ketika berucap pada majlis itu memuji usaha membantu yang dianjur itu dan menyifatkan sikap saling membantu sesama masyarakat merupakan tanggungjawab bersama.

Dengan pelbagai cabaran yang datang dan wujud pada hari ini, adalah adil bagi kita untuk memahami nilai tinggal bersama masyarakat lain dan bertanggungjawab antara satu sama lain,” katanya.

Hadir sama Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Taman Palma Indah Harun Majid dan Timbalan Ketua Cawangan PBB Tupong Zaidi Suhaili.

  • oleh
  • Advertisement