Anda di sini

Lelaki Afghan potong telinga isterinya

Advertisement

MAZAR-I-SHARIF: Seorang lelaki di utara Afghanistan memotong telinga isteri mudanya, menurut ketua sebuah hospital yang merawat mangsa kelmarin, mengesah-kan tindakan kejam dalam keganasan domestik.

Mangsa berusia 23 tahun, Zarina, diserang pada petang Selasa di wilayah Balkh, kata Noor Mohammad Faiz, pengarah sebuah hospital di Mazar-e-Sharif.

Saya tidak mahu hidup bersama dia lagi. Saya mahu bercerai. Saya mahu dia dipenjarakan,” Zarina memberitahu AFP dari atas katil hospitalnya.

Menurut Faiz, Zarina, yang berkahwin pada usia 13 tahun, tiba “dalam keadaan kritikal, dengan mengalami banyak kehilangan darah.”

Kedua-dua telinga beliau telah dipotong. Kami akan cuba  untuk merawat beliau di sini. Sekiranya tidak, beliau perlu untuk dibawa ke luar negara,” tambah Faiz.

Seorang jurucakap bagi gabenor Balkh, Sher Jan Durrani, menyatakan suspek tersebut telah melarikan diri.

Suami beliau melarikan diri dan sedang dalam buruan. Kami telah memulakan siasatan kami bagi menahan dia.”

Lebih 15 tahun selepas tamatnya rejim Taliban, Afghanistan masih menjadi kawasan keganasan dan penderaan yang kerap terhadap wanita, kebanyakan sering dilakukan oleh pasangan atau keluarga mentua.

Pada Januari 2016, seorang suami memotong hidung isterinya selepas satu pergaduhan di wilayah terpencil Faryab, juga di utara.

Tidak mampu untuk dirawat di negara ini, Reza Gul dihantar ke Turki. Suspek telah berlindung di sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban untuk mengelak dari pendakwaan.

Pada musim panas lepas, di wilayah Ghor, seorang lelaki membakar isterinya berusia 16 tahun yang sedang mengandung.

Mangsa, yang berkahwin pada usia 14 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital  beberapa hari kemudian akibat kesan melecurnya.

Bapa beliau, yang telah menukar beliau untuk seorang isteri bagi dirinya sendiri, menuduh mentua-nya melakukan penyeksaan tersebut.

Suaminya telah melarikan diri bagi mengelakkan hukuman. — AFP

Advertisement