Anda di sini

Garuda terbabas dalam hujan lebat

Advertisement

Pesawat Boeing 737-800 itu bawa 130 orang, tiada sesiapa yang cedera

 Anggota bomba dan pegawai lapangan terbang memeriksa pesawat Boeing 737-800 Garuda Indonesia selepas ia terbabas dari landasan ketika ia                      mendarat dalam hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta kelmarin. — Gambar Antara/Reuters
TERBABAS: Anggota bomba dan pegawai lapangan terbang memeriksa pesawat Boeing 737-800 Garuda Indonesia selepas ia terbabas dari landasan ketika ia mendarat dalam hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto di Yogyakarta kelmarin. — Gambar Antara/Reuters

JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Indonesia yang membawa seramai 130 orang terbabas dari landasan ketika ia mendarat di sebuah lapangan terbang utama dalam hujan lebat, menurut pihak penerbangan semalam, kemalangan terbaharu yang melanda sektor penerbangan di negara ini.

Tiada sesiapa yang ce-dera selepas pesawat Boeing 737-800 yang dimiliki oleh syarikat penerbangan utama Indonesia Garuda terbabas dari landasan di lapangan terbang di bandar Yogyakarta pada lewat kelmarin semasa ia tiba dari Jakarta.

Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, di pulau Jawa, ditutup selepas insi-den tersebut, dengan pihak berkuasa menyatakan ia akan kekal ditutup sehingga tengah hari semalam bagi memboleh-kan pesawat tersebut dike-luarkan dari kawasan itu.

Perkhidmatan pergi dan balik dari Yogyakarta telah dihentikan, dengan penerbangan yang sepatutnya tiba di lapangan terbang sibuk itu menukar arah ke bandar berhampiran Solo.

Pesawat tersebut membawa 123 orang penumpang dan tujuh orang kru, jurucakap Garuda Benny Butarbutar berkata dalam satu kenya-taan.

Jurucakap kementerian pengangkutan Agoes Subagio berkata kemalangan itu berlaku akibat hujan lebat.

Kepulauan Indonesia bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan buah pulaunya namun telah meng-alami beberapa rangkaian nahas maut pesawat sejak beberapa tahun ini.

Lapangan terbang Yog-yakarta telah berdepan dengan kritikan bagi rekod keselamatannya yang kurang baik.

Pada 2007, seramai 21 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Garuda tergelincir dari landasan dan terbakar ketika mendarat di sana. — AFP

Advertisement