Anda di sini

Dua suspek cederakan abang ipar ADUN Pelawan direman tiga hari

Advertisement

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap dua suspek yang mencederakan abang ipar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, David Wong, kelmarin.

Kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 33 tahun, ditahan reman bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan, salah seorang suspek ditahan di tempat kejadian, manakala seorang lagi di balai polis.

Dalam kejadian petang kelmarin, abang ipar David Wong mengalami kecederaan di kening dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu.

Mangsa dikatakan menunggu anaknya pulang sekolah apabila didatangi seorang lelaki, sebelum berlakunya pertengkaran.

Suspek kemudian dikatakan menyerang mangsa menyebabkan mangsa cedera di bahagian kening serta dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis yang meronda serta dimaklumkan berhubung kejadian itu berjaya menahan seorang suspek berusia 35 tahun.

Advertisement