Anda di sini

Lelaki dituduh lakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuan

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya.

Mohd Khalid Rosli, 35, dari Kampung Piasau Utara di sini didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap adik perempuannya, Rosmiyah Rosli, 28, dengan mengugut hendak membakar mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 pagi, 28 Januari lalu di rumah keluarganya di Kampung Piasau Utara di sini.

Mahkamah menetapkan 2 Februari ini untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh dibenar dibebaskan dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim.

Advertisement