Anda di sini

Kes remaja cederakan anggota polis disebut lanjut hari ini

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan hari ini untuk sebutan lanjut kes seorang remaja lelaki yang dituduh mencederakan seorang anggota polis.

Manakala remaja terbabit, 17, dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Juvana terbabit didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang anggota polis, Koperal John @ Adam Gilbert Anyai hingga menyebabkan anggota tersebut cedera di bahagian dagu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.10 malam, 28 Januari lalu berhampiran simpang ke Jalan Tudan di sini.

Bagi kesalahan itu, dia telah didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim.

Advertisement