Anda di sini

70 peserta sertai Kursus Pengurusan Jenazah

Advertisement
 Ustaz Yusuf memberi penjelasan mengenai kaedah pengurusan jenazah yang betul.
BERI PENERANGAN: Ustaz Yusuf memberi penjelasan mengenai kaedah pengurusan jenazah yang betul.
 Penduduk Kampung Tanjung Bundong menyertai Kursus Pengurusan Jenazah baru-baru ini.
TAMBAH ILMU: Penduduk Kampung Tanjung Bundong menyertai Kursus Pengurusan Jenazah baru-baru ini.
 Ustaz Yusuf menunjukkan kaedah solat jenazah.
IKUT SAYA: Ustaz Yusuf menunjukkan kaedah solat jenazah.
__alt__

KURSUS Pengurusan Jenazah anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Bundong dan Jawatankuasa Masjid berjaya menarik lebih 70 peserta termasuk anak muda kampung.

 Program yang bertujuan memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan jenazah yang betul itu diadakan selama dua hari bermula 28 Januari lalu di Masjid Kampung Tanjung Bundong Tradisi.

 Kursus itu turut menampilkan Imam Besar Masjid Negeri Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan Ustaz Yusuf Hazmi daripada Jabatan Agama Islam Sarawak bagi berkongsi pengetahuan tentang cara pengurusan jenazah.

 Hadir sama pada kursus itu Penghulu Kampung Tanjung Bundong Dahari Man, Ketua Kaum Sariee Konen, Pengerusi Masjid Hussien Endong dan pemimpin masyarakat lain.

  • oleh
  • Advertisement